Saturday, May 22, 2010

Cook or Clean?

Yang mana korang lagi suka? Memasak or mengemas? For me, I'd rather cook than clean.

First of all, kenapa tiba-tiba aku membangkitkan isu ini? Sebab sekarang ni, di pagi hari Sabtu yang hening ni, Abah tengah melaksanakan Ops Kemas. Sebabnya Umi nak start menjahit balik so Abah terpaksa mengarrange balik kedudukan perabot di dalam rumah untuk meletakkan tiga buah mesin jahit. Yup, you read it right! Umi ada tiga buah mesin jahit and yes, dalam rumah ni Abah yang memonopoli bahagian kemas-mengemas. Anyway, the point is, aku taknak mengemas. And by taknak, I mean TAKNAK!!!


Eh, aku bukan buat kempen taknak merokok. Tapi aku buat kempen taknak mengemas je. :P So, bila diorang bising-bising suruh aku ambik itu-ini, suruh aku letak barang tu kat sana, letang barang tu kat sini aku jadi stress. So aku ambil laptop aku, then naik atas sambil cakap, "Tolonglah jangan suruh Amy kemas, Amy taknak! Amy tension! Amy sanggup masak lunch daripada mengemas." So, here I am. Di atas rumah di depan laptop sambil mengupdate blog dengan tenangnya tanpa mendengar seorang pun menjerit, 

"Amy!!!!!!!!!!!"

Itulah aku. Yang tak suka mengemas langsung tapi setakat nak suruh masak tu, no hal-lah. Tapi, kalau malas tu, malas la jugak. Itu tak boleh nak tolong la. Hahahahaha... So, kepada mereka yang berkenaan di luar sana, silalah terima perangai aku yang tak suka mengemas ni. Kalau tak boleh terima tu, silalah cari calon lain sebab nanti anda akan stress macam Kak Lala dan Abah dan segala orang dalam rumah ni sebab dahlah aku ni tak suka kemas, suka buat sepah lagi ada. Tapi takpe, kalau orang-orang dalam rumah ni senang je. Bila dah makan masakan aku diorang senyap la sekejap selagi kenyang. Bila dah lapar, akan kedengaranlah balik,

"Amy!!!!!!!!!!!" 


by,
Aimi A.Z yang dah nak start mencari-cari idea untuk masak tengahari nanti...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin