Sunday, May 16, 2010

Guru oh Guru...

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia, terutama guru-guru yang pernah mengajar Aimi bt Abdullah Zubir, seorang student yang agak malas tapi boleh tahan juga cerdiknya. ehem! dan guru juga adalah termasuk lecturer-lecturer ku di UiTM. dan sesiapa sahaja yang pernah aku berguru samada secara formal mahupun tidak. Andalah yang menjadikan Aimi bt Abdullah Zubir ini seorang yang bijaksana dan tanpa kalian, siapalah saya. Terima kasih cikgu! (Baca dengan gaya Upin & Ipin)


Ini adalah Cikgu kelas semasa Darjah 4 sehingga Darjah 6. Dari muda sehingga sekarang, beliau adalah seorang Cikgu dan sememangnya aku masih ingat akan Cikgu Hishamuddin. dan tak lupa kepada Cikgu Zalina yang membaca blog ini. Kerana Cikgulah saya mendapat A1 dalam BM semasa SPM dan juga kerana Cikgulah saya dapat menulis blog dengan bahasa Melayu yang agak bagus. Terima kasih wahai cikgu-cikguku. dan Selamat Hari Guru juga kepada umi dan abah yang juga adalah guru.

Selamat Hari Guru.


by,
Aimi A.Z yang nak tukar profrsion jadi cikgu lah pulak. :P

1 comment:

fikaisa said...

Salam aimi...
Aduhai terharunya cikgu membaca tulisanmu.... Bukalah usaha cikgu seorang... ramai lagi yang lain.

Terukan menulis...

Wassalam
cekgu_zalina

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin