Tuesday, May 18, 2010

Kak Lala's Craziness (now affected us!)

"Us" yang dimaksudkan di atas adalah aku dan Wawa. Entah sejak bila kitorang terpengaruh dengan kegilaan Kak Lala aku pun tak tau. Yang pastinya sekarang ni Wawa pun dah ada 17 helai semuanya. Belum kira yang Kak Lala punya lagi. Lagilah tak terkira.

Apakah kegilaan itu? Kegilaan itu adalah kegilaan terhadap seluar tidur. Yup, betul apa yang korang baca. Seluar tidur. Tapi, memang boleh digilakan pun sebab seluar tidur sekarang sangat comel dan berwarna-warni. Sangat cozy and tidur dengan nyenyaknya. Walaupun aku boleh tidur dengan nyenyaknya tak kira memakai apa pun, tapi bila pakai seluar tidur yang comel lagi rasa best. Tambah-tambah pulak bila seluar tidur tu free sebab ada orang belanja. Haih, bestnya! *wink*

Ini adalah seluar-seluar tidur yang baru dibeli hari Ahad yang lepas di Summit. Sebab ada Sleepwear Sale. Best gila! Kalau biasa seluar tidur yang best mesti mahal sampai RM30 ringgit tapi sebab sale dapatlah dalam RM13 or RM15. Kain memang sedap gila. and jangan risau, sale sampai 26 Mei. Kalau korang nak, pergilah Summit. and plus ada jugak baju tidur yang cantik menarik. Ha, untuk mereka yang berbadan besar pun boleh pergi sebab ada sampai saiz 5X. Mana nak cari tu weh? Cepat-cepat sebelum kehabisan.


Nanti suatu hari akan aku cuba menyelongkar almari Kak Lala dan menangkap gambar semua seluar-seluar tidurnya sebagai bukti kegilaannya. Masa kat Bandung tu pun shopping seluar tidur je. Ish3x. Apa nak jadi Kak Lala oi? :P Jangan marah ye sebab bocorkan rahsia ko ni. Hehe....


by,
Aimi A.Z yang agak-agak kalau suggestkan seluar tidur sebagai hantaran kahwin Kak Lala diorang nak terima tak? Hahahahaha.........

2 comments:

Sara AZ said...

1st:tq korg. igt jgk kat aku.

2nd:mana bole bukak almari org tnpa kebenaran, tak baik woo.

3rd: bole nak bg hadiah kawen, tp nak brand la senza or victoria secret or laura ashley shj, trima kasih :P

Aimi A.Z said...

eh, kalau kasi brand-brand yang ko nak tu bahay. sebab tu semua kat fesyen yang seksi meksi. nak jugak ke? Hahahahaha

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin