Sunday, May 23, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Ini lagu yang akan aku layan beberapa hari ni;


Mestilah lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan yang dinyanyikan oleh Juara AF8; Shahir. Wah, nasib Shahir agak best masa konsert Final jadi macam tak rasa bosan. Lagu pun best. Wah, bestnya! Bestnya! Pastu lagu pula ala-ala lagu dulu-dulu yang best dilayan. Lagilah best.

Hm, mehlah aku jadi pengkomen untuk AF kali ni memandangkan macam tak ramai je yang melayan AF kali ni. Aku rasa AF8 ni biasa je mula-mulanya. Bosan dan tak best. Tapi, at the end ni bila mereka semua dah macam mempraktikkan apa yang diorang belajar, so dah jadi ok. Then, dapat pulak pengetua yang sangat bagus macam si Norman tu makanya nasib mereka terbela. Maunya tak. Belum keluar AF dah ada video klip sendiri untuk lagu baru. Video klip yang professional gila pulak tu. Cayalah! Mesti mereka yang masuk AF dulu-dulu yang tak berapa berjaya menjadi penyanyi tu jeles gila dengan mereka ni. Nak buat macam mana. Itu kan rezeki orang tu. Rezeki orang, janganlah dipersoalkan.

Jadi, AF8 ok jugaklah dari AF7, AF6, AF5 dan AF4. AF3 tak payah nak cerita lah, sebab Mawi je. AF2 paling best. Tapi tak boleh lawan One In A Million. Ceh! Tiba-tiba! Haih! Bilalah pulak OIAM ni nak start? Tak sabar rasanya... :P



by,
Aimi A.Z yang tak puas lagi dengar lagu Shahir and tengok video klip dia. Ish3x...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin