Monday, May 31, 2010

Kegilaan Isi Rumah


Apakah kegilaan itu?


Kegilaan itu adalah bermain kad.

Jangan risau. Tak ada langsung unsur-unsur perjudian dalam permainan ini. Cumanya ada denda untuk si pengalah. Walaupun ada pepatah mengatakan "Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah". Siapalah yang punya pepatah tu, kan? btw, habuan untuk pengalah itu adalah membuat kerja-kerja rumah yang ditetapkan seperti mencuci kain, menyidai baju, melipat kain, mengurut umi, membasuh pinggan mangkuk ataupun membasuh bilik air. Kerja-kerja rumah itu akan ditetapkan dan dipersetujui oleh semua pemain sebelum memulakan permainan. At least, rumah bersih dan berseri. Hehe.

..dan berbalik kepada tujuan utama entri ini ditulis. Aku cuma nak announce tentang si pengalah malam ni. Yang juga merupakan pengasas kegilaan ini di rumah ini. Yakni;



Jadi, kepada Encik Abah, jangan lupa cuci pinggan ye? :P 


by,
Aimi A.Z yang sebenarnya kena juga buat kerja rumah sebab dapat tempat ke-2........... dari belakang. Ceh!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin