Thursday, May 13, 2010

Macam-macam Aimi

Haih! Macam-macam yang aku nak update. Tapi, tak tau kenapa sangat busy sampai blog ini terabai. So, jom aku cerita summary blog aku untuk minggu ini;
  1. Malaysia berjaya masuk ke Separuh Akhir Piala Thomas
  2. Pergh! Best gila kot tengok perlawanan suku akhir. Walaupun sepanjang masa dalam keadaan berdebar dan rasa takut untuk kecewa tapi akhirnya berjaya jugak Malaysia kalahkan Denmark. Walaupun sebenarnya aku dah berpaling tadah dan menyokong si Hensem Denmark yang menang dengan Choon Han. Apa-apa pun, Malaysia Boleh! Teruskan usaha! Kalahkan China pulak. Tapi, Lin Dan tu sangat hebat. Boleh ke? 
  3. Adamaya sudah habis?
  4. Jadi, sekarang ni dah takde reason kenapa aku nak balik awal. dan dah takde reason kenapa aku tamau pergi gym. Oh, selama ni ko terhegeh-hegeh tutup komputer pukul 5.30 sebab AdaMaya lah ye Aimi? Kantoi! Tapi, sian weh Dani jadi gila. eh, tapi minggu depan baru leh start balik lambar sebab esok nak kena tengok Semi-Finals Thomas Cup. Ngeh ngeh~
  5. Aimi mahu berlari-lari anak?
  6. Hajat di hati nak masuk Ekiden Run hujung minggu ni, tapi malangnya ini perlukan 5-in-a-group. Dan nak cari 5 orang untuk buat aktiviti pun payah sekarang ni. Nampak sangat kawan dah semakin kurang. Perlu berbuat sesuatu  untuk menambah bilangan kawan or else? Hm, fikirlah sendiri. Eh, tapi kan Aimi, pathetic gila-lah ko. Nak cukupkan 5 dalam satu group pun tak mampu? Ish3x...

Itulah yang aku nak story tapi tak sempat. Yang lain tunggu esok. Sabtu ada banyak masa untuk berblogging.


Sekian.


by,
Aimi A.Z yang dah menangis-nangis akibat asyik menguap je nih...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin