Saturday, May 15, 2010

Separuh Jiwaku Pergi

Sebenarnya dalam kepala nak tulis tajuk; Separuh Akhir. Tapi apasal entah bila tangan menaip, dah jadi Separuh Jiwaku Pergi pulak. :P Itulah akibatnya bila terlalu kecewa. Tangan dah tak berhubungan dengan otak buat seketika. Oh, lupa pulak nak kasi salam, aku ni sebenarnya tengah cakap pasal Separuh Akhir Piala Thomas. Alah, yang Malaysia kalah dengan China tu..... takkan, tak tau kot. *wink*

Semalam, niat di hati taklah sampai nak pergi tengok kat stadium. Eh, tipu-tipu. Niat kat hati memang nak pergi tengok kat stadium, tapi memandangkan dah tau susah nak dapat tiket last minute camnih and memandangkan poket pun tengah kering maka hasrat untuk menonton di stadium pun terkubur.


Tapi tiba-tiba....


Dapat phone call dari Farah. Ada tiket free. Apa lagi? Meredah jem la lepas ofis semata-mata untuk menyokong pasukan Malaysia. Ingat kot dapatlah menyaksikan kemenangan secara LIVE tapi malangnya manusia hanya mampu merancang. Tapi, kalau dah tertulis malam tadi Malaysia akan kalah lawan dengan China, makanya kalah lah jugak.

"Tinggal kenangan" bak kata Farah


Tapi itulah, bak kata kawan aku di Facebook, "Bukan Malaysia yang tak melawan, tapi China yang kita tak terlawan." Usaha tu dah nampak, cuma luck yang takde. Malaysia kena tambah skil lagi untuk memastikan kita dapat menjulang Piala Thomas balik. atau mungkinkah bak kata Farah, Malaysia akan menang bila nanti next time Piala Thomas buat kat Malaysia lagi. Hm, bertahun lah menunggu.

Anyway, saya tetap menyokong Malaysia dan bukannya si hebat Lin Dan mahupun si hensem Denmark. Malaysia Boleh!


by,
Aimi A.Z yang kecewa tapi apa lagi yang nak dibuat?

2 comments:

nOniE said...

xpe..china memang hebat sangat...tapi ok la....
semoga berjaya lain kali ya...

Aimi A.Z said...

itulah. semoga berjaya menonton game yang menang di lain kali. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin