Wednesday, May 05, 2010

Sependek nama, seringkas hidup?

Aku tengah berkira-kira nak mengdelete account Friendster ni, sambil-sambil tu bacalah testi-testi yang pernah didedicated kat aku suatu masa dulu. Huhu, sangat mengimbau kenangan. Aku ni asyik mengimbau kenangan je lately ni kan? Sorrylah, entah apasal lah aku ni. Anyway, rasa macam nak copy-paste je semua testi-testi yang kawan-kawan kasi tapi nantilah kalau rajin. Sekarang ni aku nak mengembangkan cerita mengikut tajuk di atas; Sependek nama, seringkas hidup.

Actually, ada seorang kawan mengatakan perumpamaan itu di dalam testinya kepada aku. Ini antara keratan testinya;
...aku tak sesempoi ko, tak secerdik ko, tak sebijak ko, dan sewaktu dengannya. aku tak macam ko mi, they accept u as u're, and i'm not like u...sependek nama seringkas hidup. aku tak macam ko, bley ignore something macam tu jer. u're such a simple person in order to be u...such a weird sometime...

Bila baca balik semua testi-testi tu kan, bukan je dapat rasa perbezaan perhubungan di antara kawan-kawan tapi dapat muhasabah diri sendiri. Boleh tau macam mana diri sendiri dulu dan sekarang. Contohnya macam testi yang ni. Aku rasa sangat berbeza dulu dan sekarang. Aku dah tak rasa sempoi, cerdik mahupun bijak. Aku rasa sangat bengap dan bangang. Kalau belajar sesuatu tu, lambat je nak faham. Mungkin itu simptom bila semakin tua or maybe otak aku dah tak seaktif dulu lagi.

...dan mengenai aku yang merupakan seorang yang simple tuh, mungkin masih boleh diguna pakai dalam sesetengah perkara. Tapi, dalam sesetengah perkara, aku dah tak sama. I'm just not as simple as before. Aku dah tak boleh nak ignore sesetengah benda. Kadang-kadang sesuatu perkara  tu sangat lama bermain dalam kepala aku. Contohnya macam pagi tadi. Aku bengang dengan bos terhadap sesuatu perkara then otakku tak berhenti-henti berfikir dan bercerita. Buat kerja memang buat kerja tapi sambil menunjukkan reaksi mengajuk-ngajuk bos dan membuat muka menyampah. Agak lama untuk menghilangkan perasaan marah terhadap bos sekaligus mengignore sesuatu perkara. dan aku yakin dan percaya perkara itu membuktikan bahawa aku tak sesimple dulu.

Ayat "they accept u as u're" pulak memang langsung tak boleh diguna pakai dari dulu sampailah sekarang, sebab segala apa yang terjadi kat aku selama ni bukan sebab orang menerima aku seadanya, tapi sebab aku yang menerima orang seadanya. or maybe it's a win-win situation; orang menerima aku seadanya, dan aku juga menerima orang seadanya. eh, tapi macam tak percaya je yang orang menerima aku seadanya, kalau ada pun mungkin terpaksa. ngee~

Tapi, aku suka dengan ayat; Sependek nama, seringkas hidup. Mungkin boleh jadi motto hidup aku. :P Conclusionnya, Aimi sudah berubah. dan mungkin bukan menuju ke arah kebaikan. 


by,
Aimi A.Z yang lastnya tak jadi pun delete Friendster...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin