Sunday, May 02, 2010

Zaman yang Sudah Berlalu~

Tiba-tiba aku terjumpa gambar-gambar ini. Gambar di zaman Kolej Mawar dulu. Tiba-tiba terasa zaman itu yang sangat lama berlalu. Tiba-tiba teringat zaman bersama kawan-kawan itu. Tiba-tiba teringat dua daripada roomate di masa itu kini telah berkahwin. Hanya tinggal aku dan seorang lagi yang masih berkawan sehingga sekarang. Tiba-tiba teringat zaman pergi makan di Dewan Makan yang kadang-kadang sedap, kadang-kadang tak sedap. Tiba-tiba juga teringat memori-memori menemani roomate berdating. dan tiba-tiba juga teringat yang betapa bestnya zaman itu. dan tiba-tiba aku tersedar aku takkan kembali ke zaman itu lagi. 




Tengoklah cadar pinjam itu sungguh kemas. Mestilah cadar Kak Lala, cadar siapa lagi aku nak pinjam. Hehe~ Katil aku jarang sangat berkeadaan macam ni, tu yang bila berkeadaan macam ni aku tak segan silu nak tangkat gambar. Owh, dan baju kurung yang bergantung kat tepi almari tu sekarang dah tak muat. Mungkin baju tu dah shrink kot. Hee~ dan poster-poster itu, sangat best. beli kat Sungai Wang kalau tak silap. Siap jadikan cover fail lagi. Owh, dan tikar getah tu. Masa akhir sem lupa bawak balik then bila start sem tikar dah takde. Keciwa... Owh, dan tuan empunya cadar Tweety itu yang tak jemu-jemu mengejut aku bangun Subuh setiap pagi.



dan gambar ni. bezanya cuma kali ni cadar sendiri. saje je beli warna oren nak jeleskan roomate yang suka gila warna oren. dan jeans itu mestilah memang dah shrink. dan beg tu, sama rupa macam beg kawan sekelas, lelaki pulak tu. Cuma dia punya bukan sling bag, tapi backpack. dan beg coklat Tropicana Life itu, aku pakai sampai buruk sehingga rasa nak beli yang sama sekali lagi. dan segala fail dan nota itu aku sangat bersungguh-sungguh untuk buat dan sekaligus menjadi rujukan utama untuk diri sendiri. di mana kesungguhan itu Aimi?


Haih! banyak benda teringat balik. Tapi, kena terima hakikat zaman itu sudah berlalu. Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi adalah memori yang kadang-kadang aku lupa kadang-kadang baru teringat. Hehe~


by,
Aimi A.Z yang nak cari gambar di zaman lain pulak lah...

6 comments:

khadijah.saiful said...

barcode kat almari tuh xde kan?hehe
nape x ckp port ko tuh tmpt feveret org tuh duduk2 baring2 guling2 ngumpat2 makan2 hehe

dem aku bace blog ko nie pagi2 dh buat aku sedey2 siut!!!

memoriesssssss.

siut ko aimi waaaaa

Aimi A.Z said...

Nape KT? Barcode tuh cam seswai berade di sane eh? Haha~

Aku malas la nak cakap semue mende yang ko cakap tu, nanti ko malas nak ingat sume tu. so, aku biar imaginasi ko buat kerja. :P

aku takde niat nak kasi ko sedey, tapi dah ko sedey aku xleh wat camne. tapi, best kan zaman tu... wuu~

nOniE said...

yeee...sanagt best...sampai rasa nak patah balik zaman tue..
walaupun bersuka ria nak mampos..result still maintain..hahaha

Aimi A.Z said...

Betul2.... walaupun malas nak mampus still dean list. ke senang sangat peksa time tu? hahahahaha

syura said...

best nye time nih...ni jgk port nk kene buat decision nk outing ke xnak..sgt susah nk wat decision masing2..lastnye tido...

Aimi A.Z said...

ha, tau xpe. semua kejap nak, kejap taknak. last2 takyah. dok kat kolej diam2... ha, pastuh, port tengok muvi. then port sambut besday, rumble2 org. hahahahaha

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin