Monday, June 28, 2010

The Back Up Plan

The Back Up Plan mengisahkan seorang perempuan bernama Zoe (lakonan J.Lo) yang telah menetapkan satu target umur kepada dirinya sendiri untuk berkahwin dan berkeluarga. Bila sampai saat dan ketikanya dia masih berjumpa dengan calon suaminya, maka dia telah menggunakan back up plannya yakni; mempunyai anak. Disebabkan tiada lelaki yang berkenan di hati maka dia telah menggunakan khidmat "tabung sperma" untuk mengandung. Tapi, siapalah yang sangka hari dia memasukkan sperma itulah hari dia berjumpa dengan sang putera. Ha, kat situlah semuanya bermula.

Masa diorang bercinta tulah macam-macam konflik yang jadi disebabkan oleh Zoe yang tengah pregnant. Tapi ada banyak adengan "romatik" yang menyebabkan filem tu diklasifikasikan sebagai 18. Budak-budak tak boleh tengok, tau. Tapi yang aku suka dalam cerita ni J.Lo gorgeous gilerr!  Alex O’Loughlin pulak biasa je tapi badan tough gilerr ar! Nah tengok gambar-gambar dalam filem ni;








Ha, yang gambar last ni best. Bukan apa yang best, tapi bantal ni yang best. Actually, bantal ni untuk perempuan mengandung, jadi sesiapa yang mengandung dan terasa nak beli tu, pergi lah beli. Tapi aku tataulah nak beli kat mana. Hehe~

Kesimpulannya, aku rasa cerita ni ok. Bukanlah best sangat, tak jugak tak best langsung. Cuma agak santai dan tak sesuai untuk tontonan budak-budak. Tapi yang pastinya kalau nak pergi tengok, pastikan korang tengok bersama kawan perempuan or boifren. kalau korang pergi dengan adik, dan adik korang pulak budget tough macam adik aku yang sorang ni, korang akan menyesal sebab nanti diorang cakap, "Boosannn!" sambil *yawn* Ish3x...


by,
Aimi A.Z yang dah tau apa back-up plannya tapi tak tau akan guna ke tak. Tunggu dan lihat...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin