Monday, June 14, 2010

Balik Kampung & BerReunion

Remember my last post yang kunonnya nak cerita pasal pengalaman naik keretapi untuk balik kampung? Tak ada apa yang menarik pun untuk diceritakan sebab saya hanya tidur di sepanjang perjalanan. So, baik aku cerita benda yang lagi menarik yakni aktiviti di kampung. Ooooo, balik kampung~

Kampung aku sebenarnya di Ipoh. dan definisi kampung bagi aku adalah di mana beradanya opahku. Tetapi, gambar ala-ala berhari raya di kampung seperti di bawah adalah ditangkap di kampung orang lain iaitu di Tanjung Belanja. dan saya sangat sukakan gambar-gambar ini. Credit to photographer yang sanggup berlari-larian ke bawah rumah untuk menangkap gambar ini. *wink*

♥ this pics

Gambar ni pun aku suka sebab akulah si Photographer. *wink*

Plan asalnya aku yang nak balik Ipoh sebab nak pergi kenduri kawan sekolah rendah aku merangkap kawan baik aku semasa sekolah rendah merangkap penolong ketua darjah iaitu Nur Adlin Puteri. Tapi, bila my mom tau aku nak balik Ipoh, dia pun tak melepaskan peluang balik ke Ipoh nak berjumpa Opah dan memandangkan pula ada kenduri sedara mara di kampung. So, jadilah ala-ala percutian keluarga walhal tak pun. 

Berbalik kepada kisah reunion aku. Seperti yang aku katakan tadi ini adalah reunion dengan rakan-rakan sekolah rendah. Aku meninggalkan sekolah rendah lebih kurang 14 tahun yang lepas, pada tahun 1996. Sungguh lama masa tu berlalu sekarang kitorang mengambil peluang untuk berjumpa balik. Setelah dipertemukan dengan Friendster dan Facebook. Bagus kan Sosial Network macam ni. :P Tapi biasalah, tak semua yang dapat menghadirkan diri. Satu kelas dulu ada lebih dari 40 orang murid, tapi cuma ada 30 lebih je yang baru berjaya dijumpai di dalam Facebook, dan dalam 30 lebih tu hanya 11 (termasuk pengantin ialah 12 orang) yang dapat menghadirkan diri. Tapi, oklah untuk permulaan. Diharapkan selepas ni akan ada lagi dan akan ramai lagi yang akan menjoin. InsyaAllah...

Inilah rupa kami setelah 14 tahun. Ada yang masih maintain. Ada yang dah ada anak. Tapi kebanyakannya sudah mem"bina" badan, termasuklah aku. *wink*

Sang Pengantin a.k.a Nur Adlin Puteri

Aku pernah cerita pasal Adlin di sini. Sila baca kalau nak tau ye? :P Pengalaman berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendah ni susah nak digambarkan. Memanglah excited, tapi dalam masa yang sama ada rasa malu-malu kucing. Maklumlah, aku ni dah lah memang sedia malu dan berat mulut sebenarnya, jadi susah jugak la aku nak beramah mesra kalau semua pun sama je macam aku. Tapi aku rasa semua tengah cover lagi ni, nanti bila jumpa lain kali mesti dah kecoh dan bising, terutamanya aku. Ish3x...

Comment yang aku terima tentang aku setelah 14 tahun;
  • Senyum tak berubah, dan masih suka senyum & sengih walau orang cakap apa pun
  • Spek dah modern, tak macam dulu
  • Muka masih oldskool
Maknanya, Aimi dulu dan sekarang, tetap sama. masih maintain walaupun dulu taklah se"besar" ni. Hahahaha. Apa-apa hal pun, saya menunggu masa di mana kita akan berkumpul lagi, wahai Mahatarians. dan kepada budak-budak sekolah tu, mungkin lah sekarang korang tak rasa macam kawan korang tu patut dihargai, tapi bila korang dah berada di zaman lain, korang akan menghargai each and every moment yang korang ada dengan setiap kawan korang tu. Jadi, add lah cepat-cepat kawan sekolah rendah korang kat Facebook, nanti bila besar senang nak buat reunion. :P

by,
Aimi A.Z yang memang rasa diri sendiri tak banyak berubah pun....

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin