Monday, June 28, 2010

Bermulanya Pencarian Kerja Secara Berperingkat

Entri ini adalah kesinambungan kepada kisah aku beberapa bulan lepas, bagaimana aku dalam dilema untuk stay di company sekarang atau pergi mencari kerja baru, dan bagaimana aku membuat keputusan untuk TIDAK mencari kerja baru dan terus kekal di company sekarang. Tapi hari ini, setelah beberapa bulan berlalu aku mengambil satu langakah kehadapan dengan mengapply kerja dan pergi interview.

Yup, aku baru pergi interview petang Jumaat dan mestilah masih belum dapat jawapan lagi. Tapi, aku pun tak tau samada jawapan apa yang aku nak dengar daripada diorang. Whether aku nak diorang cakap, "Aimi, you're hired!" ataupun aku nak dengar diorang cakap, "Aimi, you don't have what it takes to join us." Macam-macam perasaan yang wujud dan aku sangat-sangat tak tau apa perasaan aku yang sebenarnya.

Mungkin aku masih belum bersedia nak tinggalkan company sekarang dan sekaligus meninggalkan bos yang tengah susah sekarang. Mungkin aku tamau menjadi orang yang lupa daratan or even tamau jadi orang yang tak kenang budi. Ataupun mungkin jugak aku dah agak selesa di company ini sehingga tak rasa mau pergi ke mana-mana.

atau mungkin aku berharap sangat yang aku dapat bertukar company supaya aku dapat belajar benda baru dan menghadapi cabaran yang berbeza. Tapi selalu aku terfikir, dah sedia ke aku untuk sesuatu yang baru dan berbeza or aku masih terus di takuk lama, yakni sekarang? Haih~

Susah betul nak jawab persoalan hati dan perasaan sendiri. Senangg lagi nak jawab soalan interview hari tu rasanya. Hahahahaha...


by,
Aimi A.Z yang sebenarnya malas nak fikir sebab bukan tentu dapat pun lain. Hurm~

2 comments:

Nas said...

nak cari keje jugak!

Aimi A.Z said...

yay! jom same2 cari keje. ke ko nak keje kat company aku? ade keje kosong ni. civil engineer. kalau aku takde, structure engineer plak kosong. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin