Saturday, June 05, 2010

Bila kita ingat kita nak senangkan orang...

Touch & Go aku dah kehabisan duit, makanya aku pun masuklah lorong tunai. Tapi, sebab awal-awal aku dah tau T&G aku dah takde duit, jadi aku dah sediakan duit secukupnya yakni RM2.50. Duit syiling pun termasuk dalam kategori duit, jadi aku sediakan RM2.50 semua dalam bentuk syiling. Aku fikir senang sikit;
  1. Senang bagi aku sebab aku kasi je duit dan tak perlu tunggu lama untuk dapatkan baki.
  2. Senang bagi penjaga tol sebab tak payah sibuk nak bagi baki sebab aku bagi duit cukup-cukup.
  3. Senang bagi orang belakang tak payah tunggu lama nak tunggu penjaga tol tu kira duit baki aku.
Tapi, bila aku bagi je duit syiling tu, ini jawapan yang aku dapat;

Tak ada duit kertas ke kak? Banyak sangat duit syiling dah ni.




La, dah macam tu pulak. Ingat nak senangkan orang, tapi rupanya aku jugak yang susah nak cari duit kertas nak kasi kat si penjaga tol dan juga susahkan orang lain sebab tunggu aku mengorek duit kertas. dan akhirnya semua orang pun susah walaupun niat asal aku nak senangkan orang. Haih~

Yang pastinya aku tak rasa aku yang salah.


by,
Aimi A.Z yang ingat nak senang tapi susah jugak yang dapat...

6 comments:

haslina said...

banyak songehlah pulak..kan

nOniE said...

tapi yang penting niat kita baik...

syura said...

jgn riso, ko mmg xsalah...

Aimi A.Z said...

tulah. banyak songeh. niat baik pun org tak perasan. and thanks syu. tapi wawa cakap aku bengong sebab sibuk nak carii duit kertas kasi die. heh!

Wanzie said...

jgn risau ... apa pun duit tu dipergunakan di negara malaysia.... janji duit

Aimi A.Z said...

yup. itu dah mesti. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin