Friday, June 18, 2010

Duit Habis, Hati Sakit...

Ini ayat yang selalu abah cakap masa dulu. Sekarang ni macam dah jarang dengar. Mungkin sebab sekarang hati dah senang kot. Btw, hari ni sejarah lama berulang kembali. Kalau dulu aku kena dengan Makcik S, hari ni aku kena dengan Abang A. Aku sebenarnya taktau la nama dia, tapi since dia lelaki, then aku belasah jelah guna Abang A.

Yang aku tak faham tu kenapa semua tailor nak boikot aku? Kenapa semua tailor tak pandai nak ikut arahan? dan kenapa semua tailor suka membazirkan duit aku beli kain mahal-mahal tetapi at the end baju tu aku tak pakai pun. Apalah masalahnya dengan diorang ni. Bukannya aku suruh buat baju fesyen bagai. Baju kurung je pun. Bukan kurung moden or apa. BAJU KURUNG BIASA. Susah sangat ke?

Hoi, memanglah aku gemuk melampau. Tapi apa masalahnya korang nak kecikkan baju aku? Or apa masalahnya korang nak besarkan baju aku. Aku dah kasi contoh. Ikut jelah contoh. Kalau bahu dia 18" buat jelah 18". Tak payahlah nak buat 17" sebab rasa 18" tu besar sangat or even nak buat 19"  sebab takut nanti kalau buat  18" aku tak muat pulak. Susah sangat ke nak meniru? Bukannya nak kena fikir pun. Ukur, potong. Ukur, jahit. Ukur, siap.

Dengan ini, aku boikot semua tukang jahit. tak tau sammpai bila tapi yang penting sampai aku habis emo. dan mungkin memang aku ditakdirkan untuk jahit baju sendiri. dan kepada tailor yang terasa bila baca entri aku ni, aku mintak maaf. Aku geram sebab dah berapa banyak tukang jahit pun, hasilnya tetap sama...


by,
Aimi A.Z yang geram sebab semua tailor pun sama. Makcik S, Abang A, Kak M, Auntie D dan semua pun sama. Asal baju aku je semua tak ikut spec. Haih~

4 comments:

Sharinginfoz said...

apa kata jahit sendiri le....

Aimi A.Z said...

hm... tulah. nak kena belajar pulak. sementara belajar tu? takde baju baru la nampak gayanya. Haih~

julie^beth said...

i've been there. tapi, ada 2 feveret tailor yang berjaya memegang hati aku. sorang kat shah alam. baju2 aku ms kat uitm suma die buatkan. bila duk kajang balik, pegi tailor kat sg chua. memang best die buat. nak suruh ukur pon boleh, bg bj contoh pon boleh. kalo nak contact, roger eh.

Aimi A.Z said...

orait2. thanks! kalau nak nanti aku roger. sekarang ni hati tak berperasaan nak buat baju lagi. boikot tak habis lagi. takut kecewa. huhu~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin