Friday, June 18, 2010

Full House

Aku bukan nak cerita pasal cerita Korea Full House tu, aku nak cerita keadaan rumah aku yang tengah penuh sekarang ni. Kenapa penuh? 



Kenapa rumah saya penuh? Sebab sekarang ni semua orang berada dalam rumah. Jom aku listkan supaya korang semua senang faham;
  1. Abah & Umi Of course sentiasa ada di rumah. Cuma kadang-kadang abah or umi pergi outstation barulah diorang takde. itupun sekarang dah jarang sangat diorang pergi outstation sejak kerajaan kurangkan budget untuk outstation.
  2. Kak Lala Dua tiga menjak ni dia asyik pergi outstation tapi sekarang dia ada di sini, di Putrajaya.
  3. Aku Memang ada kat rumah, mana lagi aku nak pergi selain pergi balik kerja?
  4. Shazni Dulu dia kerja shif malam but now baru tukar kerja, so dia pergi dan balik kerja pada masa yang biasa. Macam aku dan orang-orang lain di rumah ni.
  5. Ihsan Sepatutnya dia dah start sem tapi memandangkan dia tak dapat hostel lagi makanya dia memerap di rumah.
  6. Aizat & Wawa Walaupun diorang pun penghuni tetap macam aku, tapi sekarang ni kan cuti sekolah, makanya lebih banyak masa yang diluangkan di rumah.
Jadi, rumah pun penuhlah. Bukanlah aku tak suka bila semua orang ada kat rumah, apatah lagi merasa tak bersyukur bila semua orang ada, tapi banyak perang psikologi yang terpaksa aku main. Contohnya seperti aku terasa seolah-olah hari Sabtu or Ahad sebab biasanya time Sabtu Ahad yang rumah penuh. Jadi, bila bangun pagi-pagi tengok-tengok bukan hari Ahad, kan dah frust.

Itu satu, lagi satu bila esok umi, abah, Kak Lala cuti. Aizat & Wawa dah memang cuti sekolah. Ihsan pulak takde kelas, kot! Makanya aku dan Shazni je yang kerja esok? Diorang nak tengok wayang la nak pergi shopping la tapi aku? Perlu menghadapi kerja kat pejabat. Kan tak best. Ish3x....

Selain perang psikologi, yang tak bestnya bila tak dapat nak conquer sesuatu perkara and in this case, TV. Kat rumah ni ada 2 TV, kat atas dengan kat bawah tapi decodernya ada satu je. Maknanya, apa yang orang atas tengok, orang bawah terpaksa tengok. Musim-musim bola ni, for sure lah aku nak tengok bola, tambah-tambah bila Argentina lawan. Yang peliknya, adik-adik lelaki aku semuanya tak suka tengok bola, dan diorang mau tengok Glee. Tapi, yang menyebabkan aku menang dan dapat tengok bola tadi sebab 1) Aku yang pegang remote dan 2) Encik Abah di pihak aku mahu menonton bola. Maka, peminat-peminat Glee hanya mampu membebel-bebel dan akhirnya mencari benda lain untuk dibuat. Kasihan~ Tapi, kalau aku pulak kat sebelah pihak yang kalah mesti tensen.

Jadi makanya, aku tetap kena kerja esok. Waaaaaaaa~


by,
Aimi A.Z yang belum lagi cerita kelebihan bila Full House maka makan sedap-sedap sebab umi "over" rajin masak bila anak-anak semua cukup. Hehe~

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin