Friday, June 04, 2010

I wanna watch Toy Story 3

Seperti biasa, bulan Jun adalah bulan yang paling best buat peminat filem sebab bulan Jun banyak gila keluar movie best-best. Almaklumlah, time summer. Walaupun setiap bulan adalah 'summer' di Malaysia tapi tetap bulan Jun punya movie sangat best. Seperti hari Sabtu ni saya mau nonton Lagenda Budak Setan. dan Rabu depan saya harus nonton Karate Kid, hasil daripada ehsan si Ihsan untuk membawa 'kakak kesayangan' dia ni pergi Premiere Screen untuk Karate Kid. dan ada satu lagi filem yang ku mau nonton tapi, masih tak ada tiket yakni;

Toy Story 3


Wah2x. Macam best ini cerita. Opps! Let me rephrase the sentence. Macam best ini part 3. Sebab Toy Story and Toy Story 2 pun sudah best, apatah lagi Toy Story 3 ni pulak. Tambah-tambah tagi bila Toy Story 3 adalah dalam bentuk 3D. Yup, you read it right. Toy Story 3 is in 3D.

Toy Story 3 is in 3d

Tadi baru tengok trailer dia dah rasa best. Tapi ada rasa sedih. and rasa teruja. Sinopsis yang aku reka hasil dari pemerhatian melalui trailer;

Andy nak masuk kolej. and Andy dah besar untuk main permainan dia semua. Bila mak Andy tanya dia nak buat apa dengan permainan dia, then he decided to do something with all the toys. Mungkin dia jual kat kedai secondhand kot. Then, the toys decided to run away from that damn store. Mestilah diketuai oleh Woody dan Buzz. dan mission mereka adalah, "No toy gets left behind." So terjadilah kisah bagaimana percubaan-percubaan untuk melepaskan diri.

Pergh, baru tengok trailer dah tau cerita. Bagus kan Cik Aimi ni. *wink* Tapi itu tak bermakna aku taknak tengok. Tengok mesti tengok. Lagi semangat nak tengok pun ada. Sabar Aimi, sabar. Kalau ada rezeki tu tak lari ke mana. :P

Eh, hampir terlupa. Kalau kat kedai toys tu mestilah akan jumpa toys baru and aku paling tak sabar nak tengok;


Sebab macam comel je diorang ni. Lagipun tak nampak pun kaki diorang, macam mana diorang nak lari? Ish3x. Jadi, saya mau nonton ini cerita. Can't wait! :P


by,,
Aimi A.Z yang cuma nak cakap, Better Late than Never, rite?

2 comments:

kd saiful said...

macammana kan kalo TS3 nie same macam shrek?

nnt review baru aku nk tgk hehe

Aimi A.Z said...

entah. aku takut same ngan chicken run sebab die nak escape dr reban ayam tu. hahahaha. kompem aku review memandangkan aku dapt tiket tgk premier die. yay!

Time kasih ye Nuffnang. Len kali kasi tiket lagi. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin