Thursday, June 10, 2010

The Karate Kid

Semalam adalah harinya aku menonton Premier Screening of The Karate Kid. Dapat tiket hasil dari belas ehsan Ihsan yang memenangi tiket itu hasil daripada 50 komen yang terkreatif. Anyway, premier screening hanya sehari sebelum tayangan asalnya maka tak sempat nak menulis review dan tak puas hendak berlagak dah tengok The Karate Kid. Mungkin sebab niat pun dah salah. Tapi, takpe. minggu depan ada Toy Story 3 yang akan ditengok 3 hari awal dari tayangan asal. Yippi!


Ini kali pertama aku dapat peluang macam ni dan ini juga kali pertama aku pergi menonton wayang dan terpaksa meninggalkan telefon di kaunter. Yup. Perlu beratur dan meninggalkan handphone di dalam sampul surat yang disediakan even though handphone aku taklah handphone canggih pun. Cuma ada kamera yang tak seberapa nak tinggi kualitinya tetapi terpaksa juga ditinggalkan di luar. Plus ada security check macam di airport, siap menyelongkar beg aku yang berselerak itu lagi. Haih! Macam ni ke cara diorang nak menentang piracy?

Back to the movie, cerita ini mengisahkan seorang budak kulit hitam bernama Dre yang terpaksa berpindah ke China sebab maknya berpindah kerja. Belum pun sampai sejam Dre kat China dia dah dipukul. Dre sangat bencikan life di China sebab asyik dibuli sehingggalah dia ternampak kehebatan Mr. Han yakni Jackie Chan. Dan ada peristiwa yang terjadi menyebabkan dia berguru dengan Mr. Han dan masa tulah baru bermula segala aksi lasak yang  menarik dan tertarik. Bagi aku perjalannan cerita pada permulaan agak lambat tapi bila samapai part dia mula berguru tu dah start best. Bukan lambat as if it is boring, tapi mungkin expectation aku yang agak tinggi yang nak start action dari mula-mula sampai ke habis yang menyebabkan aku rasa cerita tu lambat. Overall, sangat menarik untuk ditonton. dan  ini bukan kenyataan bias!


Saya kasi;

by,
Aimi A.Z yang akan cuba buat review yang sejujur-jujurnya untuk setiap movie. Wah, macam banyak sangat je movie nak tengok...

4 comments:

julie^beth said...

wah, ni yg tak sabar nak tengok ni!

Aimi A.Z said...

Bagus! :P

Anonymous said...

Hai Aimi..tumpang tanya..The Karate Kids ni berapa jam ye kat wayang?

Aimi A.Z said...

dalam 2jam lebih kalau tak silap. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin