Sunday, June 20, 2010

Saya adalah seorang student yang rajin...

...pada suatu masa dulu. Tapi sekarang taktau ke mana hilangnya kerajinan itu. Mungkinkah kerajinan itu sudah pergi ke sesuatu tempat yang lain? Haih..

Aku baru sedar tentang kerajinan aku bila hari ini aku mengemas buku dan nota lama sejak zaman diploma lagi. Nota tu sebenarnya elok je terletak kat dalam stor, tapi bila Encik Abah mengemas stor tadi makanya aku pun mengemas dan membuang nota-nota yang tak patut disimpan lagi. Tapi tulah, nak dibuang sayang, nak disimpan semak.

Nota-nota yang banyak


Bila tengok nota-nota ni baru terbayang dan teringat betapa rajinnya aku. Bila semester baru bermula, aku akan pastikan yang aku akan mempunyai stok buku nota yang mencukupi. Dan yang pastinya warna-warni itu wajib. Dan setiap buku nota tu akan aku labelkan dengan subject yang aku ambil pada semester tu. Dan setiap buku wajib ada nama aku; Aimi A.Z. Oh, dan setiap semester aku akan pastikan design buku nota aku adalah berlainan dari semester-semester yang sebelumnya. Aku memang baru rasa betapa rajinnya aku, suatu masa itu.

Design yang lain menandakan semester yang lain


Untuk akhir semester dan menjelangnya minggu peperiksaan pulak, aku akan menyiapkan nota-nota yang pelbagai rupa dan bentuk dan sekali lagi semestinya berwarna-warni. Aku takkan buat nota kalau aku tak faham, tu sebabnya segala nota yang aku buat takkan sama lah dengan nota orang-orang lain. Setiap formula pulak akan aku tulis dengan berwarna-warni dan terang supaya aku hafal setiap formula. Aku ni memang lembab gila nak hafal formula tu sebab aku kena tulis semua formula. Eh, jangan kata formula je, kalau fakta semua pun susah la aku nak ingat. Kalau bab bantai-membantai tu aku tererlah. Hehe

Antara nota aku yang berwarna-warni


Tapi, itulah. tak semua semester aku rajin. Selalu awal semester memang rajin, tapi kalau akhir semester aku rajin ikut subjek. Kadang-kadang Selalunya memang tak rajin. dan sebenarnya aku memang bukan seorang pelajar yang rajin. Kalau tanya kawan-kawan aku diorang taulah betapa malasnya aku. Macam mana penatnya diorang kena paksa aku belajar, dan macam mana bengangnya diorang tengok aku tidur bila esoknya aku ada test. Aku tak suka belajar, tapi terpaksa belajar. So, apa nak buat?

...dan tengah-tengah mengemas aku jumpa kertas ujian yang mencatat markah terburuk dalam hidup aku. Memang tak belajar dan tak datang kelas pulak masa lecturer ajar topik tu. dan hasilnya;

Ini pun markah kesian. Hahahahaha


Tapi, nasiblah aku dapat juga habiskan diploma dan degree on time tanpa repeat satu subject pun. Masa master ni je bengap sikit repeat dua paper lepas tuh tak grad-grad lagi sampai sekarang. Ish3x... apa nak jadi Aimi oi? Cepatlah dapatkan balik kerajinan kau dan habiskan Master cepat-cepat sekaligus fikir nak sambung belajar kat mana pulak lepas ni. *pengsan*


by,
Aimi A.Z yang teringin nak sambung belajar kat oversea tapi tak berkesempatan lagi. PhD, perhaps?

4 comments:

FARHANA JAMIL said...

a'ah...ko mmg org yg paling rajin buat nota yg cantik2...suke bace nota ko =b ko mmg terer wpun dikala org lain study mcm nak mampos, ko dgn tenang tido...jeles wooo...tgk ko tido...

Nas said...

series aku takkan serajin ni..haha!

julie^beth said...

tabik spring tengok nota2 kau. best! terus rasa rajin.

Aimi A.Z said...

Farhana,
Bila time rajin, aku rajin la. selalunya kan aku malas. ko je orang yang sentiasa rajin. tak pernah malas2, kan? :P

Nas,
itu zaman dolu2. sekarang mana tah perginya kerajinan tu.

Julie^beth,
Bagus2. jom sama2 kita jadi rajin. Haih~ susahnye...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin