Tuesday, June 15, 2010

Toy Story 3 (3D)

Selepas Karate Kid, Toy Story 3 ini adalah filem kedua yang aku diberikan peluang untuk menonton premier nya. dan kali ni barulah terasa agak best sebab ada masa untuk aku membuat review sebelum sempat cerita ni keluar di wayang. Barulah terasa kemanisan menonton filem sebelum orang lain menontonnya. *wink*



Seperti yang semorang tau, Toy Story 3 ni adalah kesinambungan daripada Toy Story 1 & 2. Cuma kali ni plotnya lain sedikit yakni menceritakan tentang perasaan toys bila penjaga mereka (dalam kes ini, Andy) yang sudah besar dan sudah tidak bermain dengan toys nya. In fact, Andy akan ke kolej dan sedang memikirkan apa yang patut dibuat dengan toysnya. Dalam kes ni Andy merasakan; Nak dibuang sayang, nak disimpan tak mahu. Pandai-pandai je aku teka Andy berperasaan macam ni. Haha



Berlakunya sedikit salah faham menyebabkan semua toys Andy dihantar ke Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sunnyside dan di sanalah cerita sebenarnya berlaku. Menceritakan macam mana pusat yang disangkakan heaven pada mulanya bertukar menjadi neraka, macam mana mereka yang disangkakan malaikat sebenarnya adalah ular yang membelit, dan macam mana love at first sight yang akhirnya? Teka sendiri~ dan macam mana pula mereka sedar akhirnya bahawa Andy adalah penjaga yang terbaik.








...dan banyak character baru yang muncul dalam cerita ni. Yang aku tak puas hatinya sebab Peas-in-a-Pod muncul sekejap sangat. Ceh! Dah lah comel, tapi sekejap je muncul. Tak berbaloi. Hehe~


Kesimpulannya, sebuah movie yang menarik untuk ditonton. Seronok dan ada banyak nilai-nilai yang boleh dipelajari. Last part agak sedih dan mungkin ada orang yang akan cipta rekod sebab menangis tengok cartoon. Bukan aku ye! dan kepada sesiapa yang alergik dengan cermin mata 3D tu, tak payahlah pergi tengok, buat poning kepala je. :P

Saya kasi;


by,
Aimi A.Z yang masih belajar buat review yang jujur tapi tak membocorkan klimaks cerita tetapi tetap menarik untuk dibaca. Ha, camner tu? 

5 comments:

Kancilbiru said...

kacang pis hijau tu sangat la comel...kacang ke?

Aimi A.Z said...

Yup-, sangat comel, dan yup ia adalah kacang. :P

kd saiful said...

haha aimi serba salah r tuh.
xpe leh improve lagi cewahh

syura said...

cute je kn anta toys kt nursery,haha..yg tak 3D ade kan? aku pening r..

Aimi A.Z said...

hahahaha... alah, aku takut nnt aku spoilt korang terus tamo tengok plak. :P

syu, dia bukanlah hantar toys kat nursery. actually dia donate kat nursery. and ada rasanya yang 2D, lagipun taklah mahal sangat, kan? :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin