Wednesday, June 02, 2010

Tumpang tanya, kat mana ada jual idea?

Ada sesiapa yang tau dekat mana nak beli idea tak? Aku nak kena beli sekilo dua idea ni. Tapi kan, kalaulah ada jual, macamlah aku ni mampu nak beli. Aih, idea oh idea, datanglah idea...


Gambar ni semata-mata nak tunjukkan walaupun aku nampak gembira dan bahagia, namun otakku berkerja kuat, berhempas pulas memikirkan idea untuk dua perkara di bawah ni;

Pertama, aku memerlukan idea untuk menulis blog entri yang menarik-dan-terbaik-dan-sekreatif mungkin supaya aku boleh memenangi one of these smartphones. Blog entri adalah mengenai event Break Free with Digi party yang telah berlangsung minggu lepas. Memanglah aku dah tulis blog entri untuk party tu, tapi itu adalah unofficial version untuk dipost sebagai entri kemenangan menang ke? dan sekarang aku masih mencari-cari idea untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik dan sekaligus mendapat BlackBerry free. Jadi anda semua, tolonglah saya...



...dan yang kedua adalah idea untuk menggubah coklat untuk dibuat hantaran. Ada 2 tempahan untuk disiapkan pada minggu ni. Satu bertemakan lavender, dan yang kedua bertemakan biru. Jadi, aku perlukan idea dengan cepat. Sekali lagi korang kena tolong aku mencari idea. Haih...



Jadi, kepada mereka yang tau dekat mana ada jual idea, bagitaulah aku ye? Tapi jangan mahal-mahal sangat, nanti tak mampu pulak nak bayar. *wink*


by,
Aimi A.Z yang dah sakit otak memikirkan idea-idea yang tak datang-datang...

6 comments:

FARHANA JAMIL said...

mi, cube view http://theperfectpalette.blogspot.com/search/label/Lavender....

FARHANA JAMIL said...

and here...
http://laceandbeads.blogspot.com

Aimi A.Z said...

Thanks Farhana. will do. :P

haslina said...

wah wah..dik byk menda kena fikir tu...x pe..pelan2

rasanyer klu google di internet...insyallah leh dpt idea..tp kena take time lah...

guddddddd luck...

hellioz said...

gwa ade jual idea
pukal la tapi

USD4juta je
nak?

gyahahahah~

Aimi A.Z said...

Akak oi, thanks! :P

hellioz, awat lah mahal sangat? takde diskaun? :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin