Thursday, July 01, 2010

My Water Moments

Bila tau Nuffnang nak kasi Sony TX5 terus bersemangat nak dapatkan kamera tu. Terus berkobar-kobar nak tulis blog. Dah terbayang dah water moments aku yang berlambak tu. Tapi, bukan senang nak menang wei. Dengan ramai competitors yang tersangatlah kreatif, chances aku mungkin 1 dalam 500. Lepas tu bukan senang nak memerah kepala otak untuk membuat satu entri yang mungkin merupakan entri kemenangan. Haih~ Tapi, apa salahnya mencuba, kan? Jadi, inilah dia My Water Moments.

Masa pergi Perhentian tak lama dulu, ada banyak gambar-gambar aku di dalam air. Ada gambar aku sedang bersnoorkeling dan dikelilingi ikan, dan ada gambar aku yang sedang berenang di lautan dalam. Ada juga gambar-gambar hidupan laut seperti penyu.




Persoalannya sekarang, bagaimanakah aku mengambil gambar underwater tanpa mempunyyai camera underwater? Jawapannya tentulah aku menggunakan kamera yang disewa di Pulau Perhentian. Kepada mereka yang tak tahu, ada perkhidmatan menyewa kamera di Coral Bay. Ada satu cyber cafe di sana, then korang pergilah sewa di situ. Harganya, RM50 untuk tempoh 9 pagi hingga 4 petang. Takkan semata-mata tak ada kamera underwater kitorang nak melepaskan saat-saat merakamkan gambar di dalam air? Oh, semestinya kami berusaha menyewa kamera dan akhirnya berjaya mendapatkan gambar yang dikehendaki.

Tapi, persoalannya sekarang; Takkan setiap kali mahu menyewa kamera? Kalau kamera yang disewa not available ataupun kamera yang available tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan, macam mana nak berpuas hati dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain tentang percutian yang amat bermakna tu?

Jadi, kalaulah dapat ada kamera sendiri yang boleh dibawa masuk air, alangkah bagusnya. Tambah-tambah bila kamera korang super-gorgeous macam ni. Waaa~ Saya mau yang ini!



Biar aku cerita features yang cool lagi menarik mengenai Sony TX5 dalam versi dan pemahaman aku sendiri. Biar korang pun tterliur macam aku dan terhegeh-hegeh nak buat entri macam aku. Hehe~ 

Boleh tangkap gambar panorama
Biasa kan pemandangan mestilah memanjang kan, or kalau pemandangan building-building yang tinggi tu sure susah nak tangkap dengan kamera biasa. End up kita akan dapat tangkap separuh je dan yang lain korang imaginelah sendiri. Aku siap dah sediakan contoh pemandangan yang aku imagine kat sini;

Ini gambar Kak Lala kat lighthouse, masa dekat Pulau Perhentian. Dia cakap tangga tu tinggi, then baru jumpa lighthouse, then dia terjun dari lighthouse. Macam ni lah agaknya rupanya. Gambar-gambar dia semua tak full, so macam mana aku nak tau rupa sebenarnya kalau tak ada gambar.

Aku try google macam mana rupa sebenar lighthouse kat Pulau Perhentian tu. Tapi, tak ada satu gambar pun yang menunjukkan rupa sebenar lighthouse. And once again, di sinilah aku rasa panorama punya features sangat penting. Sangat! Or else, aku harus terus berimaginasi. Haih~


Boleh tangkap gambar yang terang dan jelas in low light environment
Mungkin gambar blur tak begitu mendatangkan masalah sebab boleh diadjust menggunakan software. Tapi, kan lebih bagus jika ada kamera yang ada Anti-Blur Motion yang akan menjadikan gambar sentiasa terang dan jelas tanpa perlu bersusah payah mengedit menggunakan software? Life will be so much easier dengan adanya teknologi seperti ini, kan? kan?

Contoh gambar blur yang aku edit guna software. Tapi, kalau tak ada gambar blur, tak payah la edit. Boleh terus upload je semua. Senang!


Boleh menangkap 10 gambar dalam masa 1 saat
What? Ini adalah features terhebat untuk aksi-aksi lompatan. Sebab kadang-kadang bila anda mempunyai photographer yang bagus, gambar anda akan kelihatan seperti ini;

Gambar-gambar lompatan yang menjadi


Tapi, langit tak selalunya cerah Tiba-tiba~ Selalunya gamba-gambar akan kelihatan seperti ini dan ini adalah sangat mengecewakan dan menyakitkan. 

Samada gambar korang akan tercepat or terlambat

Kadang-kadang gambar lompatan dah macam menjadi tapi tudung pulaklah tutup muka

Tapi, lagi sakit hati kalau gambar dah jadi then ada pulak sorang yang tak nak lompat. Ish3x


Menyakitkan sebab gambar tak jadi dan kaki pulak dah sakit akibat asyik melompat. Haih~ Tapi dengan Sony TX5 punya features ni semestinya akan ada banyak gambar lompatan dari saya. Wah, dapat ke Sony TX5 ni? Hahahahaha...

Jadi kesimpulannya, semoga saya dianugerahkan sebuah kamera yang canggih manggih bernama Sony TX5 ini. Saya berjanji akan menggunakan teknologi ini sebaik mungkin dan menjaga gadget ini selagi hayat dikandung badan. Yang pentingnya saya tak kisah dia jatuh sebab dia kan shock proof. :P


by,
Aimi A.Z yang berusaha untuk mendapatkan Sony TX5 secara percuma, kalau tak dapat jom pakat beli ramai-ramai. :P

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin