Sunday, August 22, 2010

Bila merancang untuk berbuka puasa

Adoi! Susah sangat lah nak rancang nye. Sebab semua orang mempunyai criteria masing-masing tentang menu berbuka dan juga tempat berbuka jadi bila niat di hati nak menyenangkan hati SEMUA orang, maka hati sendiri yang sakit dan otak sendiri yang runsing. So how? Belum lagi nak organize benda-benda besar yang melibatkan ramai orang, ini baru event yang dihadiri oleh tak lebih dari sepuluh orang. Nanti aku kasi korang semua makan Mamee Sllrrrp je untuk berbuka puasa kang baru tau. :P

Akhirnya, keputusannya adalah Warung Dusun Gearbox di Bangi. Dusun ni memang tempat kegemaran aku sekeluarga, sebab sangaaatttt sedap dan sangaaatttt murah. Tapi, tak semestinya yang sedap bagi  aku tu adalah sedap bagi orang lain, jadi kita tunggu lah komen orang lain. Sementara tu tengok gambar yang aku bersusah payah curi dari blog ni [klik sini].

Signboard Warung Dusun Gearbox

Sup gearbox yang disebut-sebut


Jadi kawan-kawan diharap anda berpuas hati dengan pilihan dan keputusan saya. Kalau tak puas hati pun takpe, there's always next time. :P


by,
Aimi A.Z yang kena buat perancangan lagi untuk sesi berbuka puasa dengan rakan-rakan office pulak. Haih~

3 comments:

Anonymous said...

yer... finally... berbuka puasa jugak kita! wpun aku dah redha awal2 lagi kalau tak jadi...!!
disbbkan dusun nih jugak kepala aku berat giler skng nih! check bp mau 150 nih!!! berdenyut2 lain mcm!
dah lain kali nak bawak aku sana.. bwk aku sabtu/jumaat... senang citer.. keesokkan hari adalah hari cuti!!!
-fas

syahira ariff said...

gear box!
fuhhhh
tergugat iman

pedas tak?

Aimi A.Z said...

ye cik fas, akhirnya berbuka jugak kita. hm, aku pening sebelum berbuka nak pilih tempat ko pening lepas berbuka sebab makan gearbox. hahaha.

btw, warah ajak berbuka lagi. jumaat ni pakej berbuka dan sahur terus la. haha


Syahira ariff, memang boleh menggugat iman pon. pedas kalau tergigit cili api. kalau tak, biasa2 je. try la. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin