Sunday, August 15, 2010

Idea Untuk Bersahur

Kalaulah korang tertanya-tanya dan macam kekeringan idea untuk masak pada waktu bersahur, cuba masak sesuatu yang lain. Yelah, makan mi segera memang senang tapi macam bosan je makan macam biasa kan, jadi masaklah Murtabak Mamee ni. Dengan menggunakan Mamee Sllrrrp tapi bezanya yang ni tak payah sllrrrp. Jadi cara-caranya;

Murtabak Mamee


  1. Rendam Mameee Sllrrrp dengan air panas. Tapi jangan masukkan perencah. JANGAN!
  2. Bila mamee sudah kembang, toskan air. Put aside.
  3. Pecahkan dua biji telur di dalam mangkuk berasingan. Pukul sehingga kembang.
  4. Tuang telur di dalam mamee yang telah ditoskan. Masukkan separuh daripada perencah atau mengikut perasaan sendiri. Kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Tuang semua bancuhan tadi atau sebahagian daripada bancuhan sekiranya mahu murtabak yang bersaiz kecil.
  6. Bila sudah masak, terbalikkan dan tunggu sehingga masak. Angkat dan sedia dihidang.

Sonang kan? Cubalah kalau mahu.


by,
Aimi A.Z yang asyik berblog pasal makanan je sekarang ni. Ish3x...

2 comments:

PUANSTOBERI said...

Kak Reen penah cuba juga buat murtabak megi ni. Tp tah..cam tak jadi je. Nati nak terai ikut resepi Aimi plak. Ngehehehe..

Aimi A.Z said...

hahahaha. cubalah. senang je, kan? :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin