Wednesday, August 18, 2010

Saya ingin kembali ke zaman itu

Zaman apakah? 

Zaman di mana takde blog-blog semua bagai. Zaman di mana sesi meluahkan perasaan di dalam diari sahaja. Zaman di mana hanya sendiri je yang baca apa yang ditulis. Zaman di mana sesi perluahan perasaan adalah diluahkan dengan sejujur-jujur mungkin dalam sedalam-dalam hati supaya tiada apa yang terbuku di hati.


Kenapa saya mahu kembali ke zaman itu?

Kerana sekarang ni banyak sangat yang terbuku di hati. Yang tak boleh diluahkan kepada sesiapa. Yang tak boleh nak disampaikan melalui penulisan. dan yang layaknya hanya disimpan di dalam hati dan yang layaknya dibiarkan saja berlalu dengan perasaan.


Tapi?

Semakin lama disimpan, hati semakin tidak dapat memujuk perasaan supaya cepat berlalu. Semakin lama disimpan, otak semakin tidak dapat berfikir secara rasional. dan semakin lama disimpan kesabaran semakin menipis dan dikhuatiri akan terbabas.


Haih diary. Really need you right now. Taktau sampai bila dapat bertahan. Memang boleh tulis dalam kertas then shred je kertas tu tapi manakan sama dengan tulis dalam diary. And untuk ditulis dalam blog, bendanya tersangatlah remeh tetapi akan mengecilkan hari dan mengguris perasaan banyak pihak. Perlu ke aku kecilkan hati korang dan guris perasaan orang lain semata-mata untuk menyenangkan hati aku? Tak perlu kan? Jadi, biar aku cari cara yang terbaik untuk menyenangkan hati sendiri supaya takde hati-hati lain yang bakal disakiti. 

Tapi, kalau kembali ke zaman tu nanti takde pulak boleh buat duit kan?

Anyway, I'll be ok. It's just a matter of time. Really hope so. 


by,
Aimi A.Z yang bukan selalu pun beremosi macam ni. Ish3x...

10 comments:

PUANSTOBERI said...

Hik hik. Kak Reen dulu pun sker tulis2. Tp bkn la diari ke apa sbb tulis tak ikut date pun. Dia mcm sesuka ati je la. Tp mcm luahan perasaan. Skang tak buleh woh nak buat kat blog camtu. Bahaya!! tp Kak Reen ada blog yg pvte. So, kat situ buleh kut.
Anyway, Kak Reen doakan Aimi ceria2 je di bulan puasa ni :))

Aimi A.Z said...

ha, memang tak ikut date. macam bila suka, or bila rasa nak tulis, tulis lah. and memang tak boleh nak tulis kat blog kan? walaupun boleh je cakkap, "blog aku, aku punya suka lah" hm, anyway, thanks! I memang selalu ceria. :p tapi, dalam hati tak sape tau kan? haha...

nOniE said...

aimi apa masalahnya tue...meh cite kat aku..aku leh jadi diary ko....heh

kd saiful said...

malas nak menulis.pegang pen tulih panjang2 letih wo.
ciptalah pen yg kita cakap die tulis hehe

Aimi A.Z said...

Noni oi, ko kan busy. mana ada masa nak jd diary aku. aku kan asyik tulis diary. hahahaha

Kt, best ke camtuh? ko cipta la, kalo best aku beli. :P

Jutawan Internet said...

salam singgah..

Anonymous said...

uish... bunyi macam makan dalam! macam aku yg juga tgh makan dalam! byk tol dugaan bulan puasa kali ni. huhuhuhuhu...

Aimi A.Z said...

Bukan lah makan dalam sangat, cuma kadang-kadang je teremosi. bila time biasa, takde pulak nak beremosi benda-benda yang tak sepatutnya. haih...

Kie-yu said...

nk bagi idea nih
kalau nk tulis gak kt blog boleh je tapi jgn direct
make it as poem,
cerita tapi kata lah 'ini kisah kawan aku'
dsb..
gdlux yea :D

Aimi A.Z said...

ha, habeslah kalau cerita pasal "kawan" semorang tau tu sebenarnya sape. haha. poem sume? huhu... saya ni setakat tulis cerpen or novel bolehlah. kalau nak poem tu, alamatnya jadi cerita lawak pulak. msg pun tak tersampai. hahahahaha. anyway, thanks! I dah ok pon. I ni kejap je. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin