Sunday, October 03, 2010

Bila Tetiba Rasa Mau Berpasangan...

(Tajuk yang confirm bakal menimbulkan kontroversi di kalangan manusia-manusia di sekeliling aku ni ha.)


Selama ni tak kisah pun tak berpasangan sebab sentiasa ada rakan-rakan di sekeliling. Tak terasa pun betapa tak bestnya hidup sebab sentiasa je ada orang yang boleh diajak ke mana-mana. atau senang cerita, kalau ada rakan-rakan yang tak boleh pergi ke tempat yang dijanjikan, terus plan yang diplan dibatalkan.


Tapi, hari ni...


Bila aku decide untuk pergi ke satu kenduri tanpa rakan-rakan yang biasa seperti Cik Kunon Baik, Cik Gila Outdoor dan Cik Pandai Masak, baru aku perasan rupanya kesiannya lah hidup.


Sebab?


Semua orang pun datang dengan pasangan. Semua orang pun makan dengan pasangan. Semua orang pun berpasang-pasangan. Aku?


Alahai, apasal lah berperasaan macam ni? Mungkin sebab dapat pandangan kesian daripada manusia-manusia lain. dan juga mendapat pertanyaan "Sorang je ke?" daripada kebanyakan manusia yang dijumpai. Atau mungkin jugak memang terasa macam ada pandangan pelik bila diorang tengok aku tanpa rakan-rakan yang biasa.


Kesimpulannya, samada aku silap sebab pergi jugak kenduri berseorangan tanpa rakan-rakan biasa atau dah sampai masanya untuk aku mencari pasangan.



by,
Aimi A.Z yang terus update blog sebab takmau perasaan ni terus menghantui...

12 comments:

anak jawe said...

carilah pasangan sebelum anda di pasangkan....
blh ke cmtu....
hehehehe....
da tibe masenye utk berpasangan plak skang nih....

Aimi A.Z said...

hahaha... camtuh eh? ok gak kalo dipasangkan. senang. haha~

FARHANA JAMIL said...

alahai mi...susah kalo nak terus cari pasangan ni, sbb kite akan mula senaraikan kriteria2 yg kite nak. Ape kate mulakan dgn mencari kawan... =p

syura said...

aimi..aku nk komen..tp xtau ape yg nk di komennye..tp rs mcm kesian plak, sbb kitorg tak bersama ko..nnt aku tlg cubitkn Cik Kunon Baik, Cik Gila Outdoor dan Cik Pandai Masak sbb menyebabkn ko terasa tersendiri..hehe...

Aimi A.Z said...

Farhana oi, takpe. aku cakap je padahal aku tak ready pun lagi nak berpasangan. :P

Aimi A.Z said...

syura oi, bukan kesian yang aku cari. lagipun semua dah ada komitmen masing2. jadi aku kena belajar2 la hidup sendiri. hehe~

Anonymous said...

hahahhaa... weih... aku pun penah mcm tuh! hahahahha... bila kene pegi wedding sesorg! masa tuhlah baru sedar yg... ok.. semua berpasangan rupenyer! hahahahhahaha... btw sorrylar mi.. tak baik merajuk2... aku bukan tanak gi tp apa nak buat.. taik kambing bulat2!!

Aimi A.Z said...

hm, tulah. baru sedar kan? n btw, aku tak meajuk pun. ish!

PUANSTOBERI said...

Aimi..! citer aimi ni mengingatkan kak reen pada satu masa dulu. K. Reen pun penah gi kenduri kawen sorang. 1st time dan harap2 tu la terakhir. Sbb itu my bff..pegi gak la. Mmg rasa sedih amat sbb berseorangan. Bila pikir balik mcm tak caya pun ada. Huhu.
Apa pun kak reen doakan Aimi akan dapat partner yg bes sbb ada gak partner yg asik taknak je diajak kemana2. Huhu

Aimi A.Z said...

Kak Reen oi, ade gak yang pernah rasa camnih kan? at least taklah saye sorang je. hehe. memanglah ada kawan-kawan lain kat sana, tapi cam tak same kan?

Ha, dalam banyak2 doa, ini yang tak pernah dengar tapi sengat betul. kalau ada pasangan pun tamo ngikut ke mane2 pe cer kan? Hahaha~ Thanks anyway!

Diya said...

Keinginan nak berpasangan tu lumrah. Insya Allah, sampai masa nanti ade la yang teman awak pegi majlis kawen nanti =)

Aimi A.Z said...

Diya,
Ha, tulah kan. nanti adelah tu. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin