Thursday, October 28, 2010

Finally, The BIG Announcement

Walaupun sekarang ni aku masih berperasaan bersalah menulis blog sebab aku kena membetulkan thesis, tapi rasanya perlu jugak aku announcekan hal ini. Walaupun ramai yang dah tahu, tapi ini adalah official announcement dan selepas announcement ada sedikit soalan yang perlu korang jawab untuk aku. Dapat tak perkataan PERLU kat situ? and btw, entri ini sangat panjang.

“Dengan ini, saya, Aimi A.Z, telah mendapat kerja di Sibu dan akan mula bertugas pada pertengahan Disember 2010.”

Jadi, persoalan yang pertama dan utama: Adakah saya patut pergi mencari sesuap nasi di Sibu atau perlukah saya terus setia di company sekarang?

Untuk menyenangkan proses menjawab soalan aku tu, aku senaraikan beberapa fakta tentang Sibu dan company sekarang supaya korang dapat membantu aku membuat pilihan yang tepat.


Sibu
Company sekarang
Company besar dan secure. Ada link dengan government. Banyak involve dengan projek-projek government.
Company kecil. Dalam 10 orang pekerja sahaja Kalau ada projek, adalah duit. Tapi setakat ni dah lebih 20 tahun bertapak.

Banyak benefits dan elaun. Melebihi dari gaji pokok. Ada insuran untuk seisi rumah tangga plus dental. Boleh cabut gigi free. :P
Takde benefits dan elaun. Ada angpow setiap raya Cina tapi taklah banyak mana. Kalau batuk demam bolehlah pergi klinik tepi office tu.

Gaji bulanan termasuk elaun adalah melebihi 2x ganda dari gaji asal sekarang. Ya, saya memang mata duitan. $$$
Gaji bulanan takde elaun takde claim. Yang ada cuma pemotongan gaji sebab unpaid leave. Tapi, dengar macam bos dah naikkan gaji. Tapi tak tahu berapa sebab tak dapat gaji bulan ni lagi. Kalau naik gaji 30% dari gaji asal, berbaloi tak?

Duduk di site. Mungkin akan bekerja tak kira masa. Mungkin akan bekerja di malam hari. Mungkin masa tidur tak menentu.
Duduk di office. Buat design sampai lebam. Boleh menjaga kelembutan kulit dan warna kulit supaya tidak terkena sinaran matahari.

Jauh di seberang laut. Tak kenal sesiapa. Berbaloi ke untuk berjumpa dengan orang baru? Hidup sebatang kara.
Dah berpuluh tahun hidup di Putrajaya nih. Haha Berada di keliling orang-orang biasa. Tapi, kawan semua pun dah ada life masing-masing. Mungkin berbaloi jumpa orang baru dan buat kawan baru. Tapi still, ada family dan sanak saudara.

Dapat pengalaman baru. Boleh berdikari. Boleh simpan duit untuk kegunaan masa hadapan.
Life sama je. takde perubahan. terlalu selesa sampai malas berubah. Tambah hutang sentiasa kerana gaji yang tak berapa nak banyak. Simpanan jangan cakap lah.

Ilmu design kena simpan dalam arkib negara. Tambah ilmu site yang tak ada. Tapi nanti suruh design beam pun terkial-kial. Huh?
Boleh tambah ilmu design. Mungkin boleh menjadi hebat seperti senior engineer aku sekarang.


Kontrak 2 tahun. Ada peluang sambung kontrak. Kalau tak sambung, akan dapat pampasan setimpal.
Dah 3thn setia.Merupakan company pertama dan satu-satunya company yang pernah berkerja semenjak graduated. sayang woo mau tinggal~

Sudah sign offer letter dan akan bermula pada pertengahan Disember.
Sudah hantar surat resign tapi tak diterima oleh bos. Maka, terhasillah entri ini.


Setelah membaca hujah-hujah di atas, maka yang mana satu pilihan yang tepat? Sila vote dan nyatakan sebab musabab anda ye? Tolonglah saya wahai semorang…

dan btw, sebenarnya dah decide dah nak pergi tanpa berfikir panjang. Tapi bila bos cakap “Tak boleh resign!” terus hati berbelah bahagi dan otak bercelaru. Haih~

Tq in advance. :P


by,
Aimi A.Z yang ingatkan tak diperlukan, rupanya masih diperlukan. Terharu~

39 comments:

Anonymous said...

aik?? aku org first ke? hehehhe...
mi.. bende nih terlalu subjective and susah utk aku jawab or pilihkan.. tp kalo aku nasihatkan ko wat istikharah... buat sampai ko rasa confident... dan kalau itu pun still ko berbelah bagi.. tanya pendapat mak ayah! berkat pun berkat.. selamat pun selamat!

gudluck!!
-fas

Aimi A.Z said...

Aku dah confident dengan keputusan aku. tapi sebenarnye aku tak banyak pikir sebab aku takde mase nak pikir. huhu~ tapi bila bos tak kasi tu aku terus pikir. then, bos plak cakap macam2 la. haih~ itulah. kene wat istikharah. mak ayah aku ok je. tapi ayah aku kire budget untuk aku balik tiap2 minggu. muahahahaha...

ada gak yang pencen kat company tuh kang. hahaha~

Anonymous said...

hahahahaha.... tuhlar.. wat jer istikharah... aku dulu masa nak pilih keje nih pun buat gak.... tp tak mimpi2... so aku pilih yg mana ikut sedap hati... wpun yg ini yg menyakitkan kepala otak aku kene mengadap traffic jam etc... tp aku rase maybe ini dah yg terbaik utk aku kot... just wait n see.. !! :P

Aimi A.Z said...

yup. tapi, kalau yang ni pun aku tolak, macam tah pape jelah aku ni. asal dapat je tolak. tapi diri sendiri yang terhegeh2 carik. haha~

Anonymous said...

jgn pikir mcm tuh... mmg ko yg carik... aku dulu carik gak... brape byk aku tolak?? hmmm... ko pilih smpai yg ko rase itulah yg ko nak! sampai ko rase confident dgn pilihan ko! dan... bila ko dah buat keputusan.. berserah & tawakkal kpd Allah...

nett said...

sibu!

suka tang part LEBIH 2x ganda hehe

tp kalau mak ayah ko dah ok, then why not? don't think about it too much. bagus jugak kalo ko istikarah, but to me, mmg nampak mcm ko dah betul2 decide :)

anyway, good luck!

julie^beth said...

istikharah.

Aimi A.Z said...

Alia.
Yup, istikharah itu aku buat. tapi dari segi kelebihan dan kekurangan? dari segi mata kasar? mana yang lagi best? huhu~

Aimi A.Z said...

Nett.
aku tak banyak pikir. tu aku buat keputusan. bila banyak pikir, camnihlah jadinya. haha. ye ke nampak macam aku dah buat keputusan? apasal aku cam tak nampak? hehe.

tang part LEBIH 2x ganda tulah yang malas nak pikir panjang. haha~

Aimi A.Z said...

Farah oi.
baguslah kalau ini dah yang terbaik untuk ko walaupun ko kene hari hari mengadap ca.ya.nun.alif. tu. doakan aku pun tau apa yang terbaik untuk aku. :P

noor afzan said...

pergi Sibu!

Kancilbiru said...

kekadang tu berhijrah tu lebih baik..:)

Pnstoberi said...

Kalo kak Reen, kak Reen pilih gi Sibu tu jer. Masa kita single mingle ni leh grab d opportunities nak kumpul harta.
Esuk kalo da kawen, lg tmbh satu column utk buat keputusan tu. Huhu.
Pasal bos tak kasik resign tu.. dia takde hak pun nak halang2..

Aimi A.Z said...

Kak Reen.
yup, nanti lglah byk faktor yg mempengaruhi.lgpn time muda ni la nk keje kt site.dh beranak pinak nnt takdenye, kn? huhu~

Aimi A.Z said...

kancil biru.
baru kite blajar menghargai apa yg kita ade, kn?

Aimi A.Z said...

noor afzan.
ok, satu lg vote utk sibu. hehe

RosmanHashimy said...

apa lagi aimi... buat berniaga barang kemas kat sibu la... jadi supplier...

syura said...

aku suke komen ko syed rosman ooii..haha..neway cik aimi, doa byk mntk petunjuk.but dr segi lainnye, it's better ko gi sane.ilmu design ko xkan tersimpan dlm arkib..bergune jgk nnt.even sebulan je aku dok site yg ngadap piling tu, tp kl xde ilmu design kompem xleh nk ngadap. so, dua2 ko untung, dpt praktikkan lg ilmu design ko yg best tuh..tp yg plg best is 'mate duitan'..hehe...sblm ko berumah tangge, gi je la keje jauh2..nyampah dh org putrajaya ngadap ko tu, tu yg ayah ko dok buat bajet ari2..haha..

Aimi A.Z said...

Syed oi.
bisnes plak. ish3x.

Aimi A.Z said...

Puan Syura.
terima kasih la dgn pernyataan2 anda tu. itulah kn, bpk aku tu dah gatal tangan nk dpt duit dr anak dia ni. tu yg xkisah I g jauh2. bila lg nk g jauh kn, kalo xskrg. haih, sume bos nye pasal.

FARHANA JAMIL said...

Mi...
buat istikharah utk keputusan yg lebih baik. pd aku, bagus gak kalo gi sana since belum ade komitmen. Cari pengalaman baru selain bleh penuhkan buku log Ir... =p x rugi pun. Dua2 ilmu ko timba, design & construction. lg pun 2 tahun je. dah penuh ilmu di dada bleh blk sini. Ermm...dgn gaji yg 2x ganda + elaun + bonus ko bleh blk sini dgn senang hati.

Aimi A.Z said...

Puan Farhana.
2x ganda tu dh termasuk elaun. haha. sgt betul apa yg ko ckp tu. thanks for the advise.

dan nampaknya, hati enchek bos terpaksa dihancurkan. ampun enchek bos. huhu~

Anonymous said...

mi,

kalo ko dah wat keputusan nak gi sibu... bagus!
and bile boss ko tak bagi...
ko ckp... "ada aku kisah?"
hahahahahhaa....

ca ya nun alif tuh!!! kita tolong lah plak org2 melayu....
aku ckp berdasarkan apa yg aku nampak.. maybe boss ko tak mcm tuh... tapi.. ada aku kisah??

-fas

nOniE said...

aimi..kalau ko keje sibu..bleh la aku bercuti di sibu dengan penginapan dan kereta yang dah di sponsor oleh ko...hahaha

Gud Luck Aimi..Aku rasa ko dah dapat keputusannya kan...Ahakz

Aimi A.Z said...

nonie.
itu sudah mesti. jom ramai2 pakat pergi sibu. walaupun aku pun tak tau apa nasib aku kat sana. haha

khadijah.saiful said...

siot ko tahu.
sibu adalah tmpt dlm list aku untuk keje.
termasuk bintulu or miri.
dem u aimi.
ko pegi dulu sebelum aku.
surveykan keje tuk aku.

Aimi A.Z said...

kt.
takpe, aku carikan lubang keje ko kat sane. dan aku surveykan mane tempat best kat sane. nanti bile ko datang, senang, takyah susah2 pikir. haha~

syura said...

aimi, penginapan utk aku skali ek..haha...

Aimi A.Z said...

Syura.
ko pun nak jugak? ko kan kene family deluxe. hahahahaha. susah sket tu. :P

Anonymous said...

mi! ko sponsor tiket flight aku jerlah gi sibu! hehehehehe..
sbb org lain tak mintak yg tuh! cop! org lain takley mintak! kalo aku dah dpt gi dgn tiket free baru korg leh mintak! hahahahahha...


-fas

Aimi A.Z said...

farah oi.
ko tgh berangan ye? hahahaha~

Nas said...

Saye sokong sibu!!!\0/

Aimi A.Z said...

Nas.
Tetibe aku confius kenapa semorang sokong Sibu. Hahahahaha~

nOniE said...

apa yang ko confiuskan...
orang sokong sibu sebab nak g bercuti disana dengan budjet murah la...sebab ko dah ada kat sana...ahakz

Aimi A.Z said...

Noni.
Itu ke sebabnye? baru aku perasan. hahaha~

RosmanHashimy said...

pergi je la AIMI... org Putrajaya dah x terima ko dah... baik ko gi SIBU.. ko supplier mutiara kat semenanjung.. lagi pekdah... kita org jual.. amacam???

DAK MECHI said...

bagi aku x kawin lagi ni g jela kot..tapi kalo ko jenis duk je sana xda fikir nak balik KL sebulan sekali sgt ok la..kalo tiap2 bulan nak balik ..baik keje KL je..tp ko dah cuba yg lain? mungkin yg lain lagi best..kat semenanjung..then gaji + benefit sama cm duk sibu..=) istikharah the best way..

p/s: sibu kawasannya x semeriah miri =)boleh menyimpan banyak woo

Aimi A.Z said...

Dak Mechi.
Takpe, balik sebulan banyak kali pun xpe. asalkan beli time promotion air asia. Hahahaha~ Anyway, thanks!

eh, btw siape ko? :P

Aimi A.Z said...

Syed oi.
Yelah. aku nak g lah ni. ko nak ke? nanti aku cari stik. haha~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin