Wednesday, October 20, 2010

Masalah Demi Masalah

This is the time bila aku dilanda masalah. Banyak. Satu persatu masalah datang. Tanpa menunjukkan belas kasihan. Ada di antara masalah-masalah itu adalah ciptaan aku sendiri, iaitu aku yang mencarinya tapi semua tu datang pada masa sekarang. Semuanya harus difikirkan dan diselesaikan segera. Adoi!

Antara masalah yang melanda;
  1. Masalah untuk menyiapkan thesis yang tak siap-siap. Harus segera sebab hari Isnin adalah hari penghantaran thesis. Supervisor pun masih belum berjumpa. Arghhh!
  2. Masalah kerja. Di mana, semua kerja pun urgent dan hasrat untuk mengambil cuti untuk menyiapkan thesis asyik terbantut. Tetapi, tadi aku layangkan jugak surat cuti untuk menyiapkan thesis. Apa nak jadi, jadilah~
  3. Ingat tak passal 'big announcement' yang mahu aku announce tu? Ha, itulah salah satu masalah. Kalau aku bagitau apa masalah tu habislah bocor rahsia. Tapi itu pun menjadi masalah walhal itu tak sepatutnya menjadi masalah. Huhu~
Cukuplah tiga benda yang mendatangkan masalah. Masalah terjadi bila otak mencampur adukkan ketiga-tiga benda pada masa yang sama. Kalau tidak, tak adalah masalah sangat. Cuma, semua nak datang serentak sehingga susah aku untuk menjadi Aimi yang cool. Sampai kening pun terkerut dengan sendiri sampai mendatangkan kepelikan di kalangan colleague ku. Haih!

Esok sampai Ahad aku cuti untuk berbuat thesis. Kalau bos paksa aku datang kerja pun akan ku pekakkan telinga. Akan aku siapkan thesis dan minggu depan akan aku berhadapan dengan bos. Nak buat macam mana, kan? Tentang masalah ketiga sebenarnya aku amat mengalu-ngalukan masalah tu datang, tapi minggu depan baru aku boleh berfikir dengan tenang dan membuat keputusan.

Jadi Aimi. Semoga berjaya menghadapi semua masalaah yang mendatang. Berusaha dan have faith. Anda pasti boleh Aimi oi!


by,
Aimi A.Z yang tak sabar nak selesaikan semua masalah supaya dapat  hidup tenang seperti biasa...

2 comments:

julie^beth said...

good luck with the thesis mate!

Aimi A.Z said...

Thanks! really need it. Huhu~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin