Saturday, October 02, 2010

P.M.R

Those 3 letters yang pernah menghantui aku suatu ketika dulu. Suatu ketika di tahun 1999, yakni 11 tahun lepas. Damn! Terasa sungguh tua.

11 tahun lepas, akulah pelajar kebanggan mak bapak dan kebanggaan guru kelas. Akulah salah seorang calon 8A di sekolah kat gunung tu. Kalau tipu pun, percaya jelah! Dan aku sendiri memang menjangkakan yang aku akan dapat mengumpul semua A yang ditawarkan.

Tetapi percayalah, walau sekuat mana korang berusaha, walau sebesar mana harapan yang menggunung, kalau bukan masanya untuk korang menggenggam kejayaan, itu tetap bukan masanya. and for me, saya hanya dapat separuh daripada A yang ditawarkan dan juga bonus satu cangkuk untuk disimpan sebagai kenangan di hari tua.

dan percaya jugak, walaupun takde orang yang melabelkan korang akan mengumpul semua A, tetapi jika itu adalah masa dan rezeki korang untuk berjaya, maka korang tetap akan berjaya. Seperti kawan aku yang biasa-biasa aje tak pernah pun naik pentas, tapi bila result keluar, pergh semua terkejut dan tak percaya kerana semua A terkumpul di dalam poketnya.

Point aku di sini;

"Walaupun korang adalah pelajar pintar dan bijak, itu belum bermakna korang confirm dapat 8A. Korang harus terus berusaha menjawab semua soalan dengan betul dan tak over confident untuk memastikan kejayaan di dalam tangan anda."

"Walaupun korang tak dikenali sebagai pelajar yang cemerlang, tak semestinya korang takkan dapat 8A kerana you'll never know. Teruskan berusaha, insyaALLAH kejayaan akan menunggu di hadapan."

Salah sorang candidate PMR 2010


Jadi, adik-adik semua. Berusahalah bersungguh-sungguh tak kira siapa anda kerana kejayaan tak pernah pilih kasih! dan ingat; 

Usaha. Doa. Tawakal.


by,
Aimi A.Z yang wish All the Best kepada semua PMR Candidate terutamanya budak dalam gambar di atas...

8 comments:

The Sharkox said...

Gudluck 4 pmr dik!!
The Sharkox: Jejaka Hensem dari Sintok

Aimi A.Z said...

ha dik, gudluck 4 pmr. siapa dik? :P

Kie-yu said...

adek aimi ke yg amek pmr?
gdlux to them, candidates PMR :D

Aimi A.Z said...

yup. adik. sorang PMR, sorang SPM. Nasib lah dorang. Haha~

FARHANA JAMIL said...

aku sokong ko mi...dulu trial pmr aku 2A je, cikgu x masukkan aku dlm senarai pelajar harapan pun, tp resultnye mbuktikan cikgu aku salah =p... gudluck utk adik ko.

syura said...

ape yg ko tulis sume betol...
good luck wawa!!!

Aimi A.Z said...

Farhana, memang camtuh kan? that's why life is unpredictable. :P

Aimi A.Z said...

Trime kasih la puan syura kerana menyokong cik aimi. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin