Friday, October 08, 2010

Semakin Sikit, Semakin Perlu

Masa. Itu yang semakin sikit tetapi semakin perlu. Saya sudah tidak banyak masa untuk menyiapkan thesis, tapi dalam masa yang sama aku perlukan masa yang lebih untuk membuat aktiviti lain. Alahai, banyak betul godaan yang datang dan aku mengaku yang aku tak cukup kuat untuk menangani godaan-godaan ni walaupun aku telah menyatakan dengan lantangnya bahawa aku sudah membuat fikiran untuk menangguhkan segala macam aktiviti selama satu bulan. Haih~ Jadi, inilah empat godaan yang terlalu bagus untuk ditolak;



Tolong bagitau aku macam mana nak menangani godaan ni. Ini macam a dream come true. Jadi pioneer untuk the coolest bloggers' club in town. Tolonglah. Bila korang akan dapat peluang macam ni kalau bukan kali ni? Huh!




Ok fine. Ini boleh dielakkan tapi ini adalah event yang berlaku di hari yang sama  dan di tempat yang sama seperti godaan yang pertama. So, boleh dikategorikan sebagai alang-alang menyeluk perkasam. TeeHee~




Hellooooo.............. Tempahan = Rezeki. Kan orang pesan, rezeki jangan ditolak, tambah-tambah bila tengah zaman-zaman kekeringan ni. Maka, masa yang sedikit harus dibahagikan lagi untuk membuat gubahan.


Godaan #4: Mungkin Bakal Mendapat Project Pertama Sebagai Freelance Engineer


Ini macam godaan yang terhebat. Selama  menjadi engineer, ternanti-nanti ada sesiapa yang ingin menghire aku sebagai freelance engineer. Tiba-tiba sekarang sudah ada, takkan aku mahu menolak peluang yang memang sangat jarang didapati ni? Memang takkan tolak lah kan, tapi bila mengenangkan Encik Thesis.... Aduhh! Takpe, seperti godaan #3, rezeki jangan ditolak. Maka simpan semua dalam poket.


Cukuplah aku senaraikan 4 godaan aku setakat ni. Walaupun banyak lagi godaan-godaan yang menggoda, tak termasuk godaan-godaan manusia di sekeliling ni ha ade ke? aku tetap akan menyiapkan Encik Thesis sebelum 25 Oktober ini supaya aku dapat menggenggam segulung Master pada pertengahan tahun hadapan. Itu yang pasti! Jadi Aimi, chaiyo3x!


by,
Aimi A.Z yang senang tergoda dengan godaan-godaan macam ni. Uish!

4 comments:

RosmanHashimy said...

pasal freelance engineer tu.. leh la sub kepada rerakan.. hahahhahaha

Aimi A.Z said...

hahahaha. boleh, kalau kena gayanya. tapi ni projek kecil2an je syed oi. ade projek besar aku cari lah ko. hahahaha~

Sylarius said...

Open Meeting tu saper2 yang glitterati bole je datang kan?

Aimi A.Z said...

haah. tapi kalau ramai sangat maybe die limited kan. so, kalo nak selamat, baiklah hantar email ckp nak g.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin