Sunday, October 24, 2010

Tak Puas Hati

Pernah tak korang rasa tak puas hati dengan kerja korang sendiri? Dan bila terjadinya perasaan tu, apa yang korang akan lakukan?

Aku tanya-tanya ni sebab aku tak puas hati dengan thesis yang aku buat. memang aku dah berjaya menyiapkan thesis tu, tapi aku sendiri pun rasa tak puas hati, inikan pulak orang lain. Aku rasa thesis aku tu senang sangat. Macam takde different dengan previous study dan macam bukan benda baru. Tambah lagi, tersangatlah nipisnya. Huhu~

Tapi, apa pun orang yang patut disalahkan adalah aku sendiri. Aku ada baanyaaak masa untuk membuat thesis dengan bagus dan aku memilih untuk membuat di saat-saat akhir. Jadi, akulah orangnya yang harus bertangungjawab di atas semua yang terjadi.

Maka, saya harus tabah menghadapi hari esok. Harap-harap thesis diterima. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan hambamu ini. Amin~

 

by,

Aimi A.Z yang tak taulah apa nak cakap kat diri sendiri. Haih~

2 comments:

Lovely Emy said...

selalu juga xpuas hati, tp buat rilex rilex je, sbb nti org kata xbersyukur plak.. :B cth nya xpuas hati gaji naik sikit sgt..

Aimi A.Z said...

Haha~ itulah. tapi kekadang leh muhasabah diri. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin