Sunday, November 07, 2010

Be Part of ChurpChurp Today!

Ini adalah soalan-soalan dan jawapan-jawapan mengenai ChurpChurp yang anda perlu tahu sebelum menyertai ChurpChurp.
1. Apakah ChurpChurp sebenarnya?
A. Sejenis burung yang berwarna biru.
B. Sejenis makanan berasaskan burung.
C. Nama seorang perempuan yang bermulut murai.
D. Sejenis media pengiklanan yang menggunakan burung biru sebagai logo

Jawapan: D. ChurpChurp adalah satu media pengiklanan seperti Nuffnang tetapi menggunakan Twitter sebagai pengantara.

2.
Siapakah yang patut menyertai ChurpChurp?
A. Mereka yang sedang bersekolah.
B. Mereka yang berniaga di pasar malam dan berumur lebih daripada 50 tahun.
C. Mereka yang merupakan anak ketiga daripada dua belas orang adik beradik.
D. Sesiapa saja tak kira umur, bangsa, dan taraf pendidikan asalkan mempunyai akaun Twitter dan berminat untuk menjana pendapan melalui Twitter. 
Jawapan: D. Sesiapa sahaja boleh menyertai ChurpChurp dengan syarat mereka aktif bertwitter dan berminat menjana pendapatan dengan ChurpChurp.

3. Bagaimanakah ChurpChurp berfungsi? ChurpChurp akan membayar jika saya….
A. … update status saya seperti, “Saya lapar.”
B. … mengetahui tentang sesuatu produk dan mewarwarkan di Twitter saya.
C. … menyelesaikan assignment yang diberikan oleh ChurpChurp.
D. … update status saya dengan isu-isu semasa.

Jawapan: C. Apabila anda sudah mempunyai akaun ChurpChurp, ChurpChurp akan memberikan assignment untuk diselesaikan. Anda perlu mentweet sesuatu iklan dan hanya akan dipublish ke Twitter sekiranya mereka berpuas hati dengan tweet anda.


4. Berapakah bayaran yang akan dibayar oleh ChurpChurp?
A. RM10 per tweet.
B. RM2 per tweet.
C. Suka hati diorang je nak bayar berapa.
D. 20sen per tweet.

Jawapan: C. C bukan jawapan yang paling tepat sebenarnya. Jawapan yang paling tepat adalah ChurpChurp membayar mengikut jumlah follower anda. Lagi banyak follower anda, lagi banyak jumlah yang akan anda dapat dengan satu tweet. Jadi, silalah tambahkan follower anda.

5.
Selain duit, apakah benefit yang saya akan dapat dengan menyertai ChurpChurp?
A. Menonton wayang percuma.
B. Berpoya-poya seperti bermain layang-layang.
C. Berjumpa dengan rakan-rakan baru.
D. Kesemua di atas.

Jawapan: D. Anda akan dapat menonton wayang kerana ChurpChurp akan menyediakan contest yang boleh anda sertai untuk merebut limited ticket. Di samping itu banyak juga aktiviti yang boleh dijoin dan boleh berjumpa dengan kawan-kawan baru yang mempunyai minat yang sama yakni, bertweet.

6. Apakah yang saya dapat dengan menyediakan soalan dan jawapan sebegini?
A. Saya dapat RM100.
B. Saya dapat pahala kerana menyebarkan ilmu.
C. Saya dapat trafik kerana mungkin orang akan datang ke blog saya.
D. Kesemua di atas.

Jawapan: D. Saya akan dapan RM100 sekiranya saya tergolong dalam 10 entri terkreatif. Tetapi, saya sudah semestinya dapat pahala dan trafik walaupun saya tak dapat A.

ChurpChurp
Saya adalah si baju Pink dalam gambar di atas. :P


Jadi, marilah kita sama-sama join ChurpChurp dan dapat menjana pendapatan hasil daripada bertweet. Sekian.

by,
Aimi A.Z yang baru join ChurpChurp tapi dah berjaya mengumpul beberapa ringgit. Yay~

2 comments:

Bazilah said...

nanged!

Aimi A.Z said...

Thanks! :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin