Friday, November 26, 2010

Bukan Senang Nak Puaskan Hati Semua Orang

Walau siapa pun anda, mesti akan ada yang tak puas hati dengan anda. Tipulah kalau semua orang akan berpuas hati dengan anda. Paling tidak, perasaan tak puas hati tu mesti ada, walaupun sedikit. Walaupun secalit kuman.

..dan atas sebab yang saya nyatakan di atas jugaklah saya tak berapa nak kisah dengan seorang blogger yang tak puas hati dengan keputusan juri-juri dan juga Nuffnang kerana memilih saya menjadi antara 40 yang terkreatif mengasilkan entri Rapunzel dan seterusnya melayakkan saya untuk mendapat tiket percuma dari Nuffnang. Btw, it's just a ticket. Biarlah saya tak kreatif pun, yang penting saya dapat tiket dan awak tak dapat. *ngehngeh* Life is unfair, deal with it.

Jadi, oleh kerana saya dah tengok cerita ni, meh saya-yang-tak-berapa-nak-kreatif ni bagitau sikit sipnosis cerita Rapunzel ni.

Rapunzel, seperti yang semua orang tau adalah cerita dongeng mengenai puteri raja yang mempunyai rambut yang sangaattt panjang yang dikurung dalam tower yang tak ada tangga yang hanya mengharapkan rambutnya yang panjang sebagai lift untuk orang tua kutuk yang disangka ibunya walhal itu adalah penculik yang menculik puteri raja itu sehingga pada suatu hari seorang jejaka menjadi penyebab Rapunzel keluar dari tempat kurungan itu dan akhirnya mereka bahagia selama-lamanya. There, I said it in one sentence! Tak puas hati, pergi cari review kat blog lain. Eh, apasal ada nada-nada emo, eh? Haha~

Anyway, cerita Rapunzel ni ada lain sedikit dengan cerita yang original seperti, tiada putera raja dalam cerita ini. Yang ada hanyalah si Pencuri yang dengan tak sengaja termasuk ke dalam tower Rapunzel. dan dalam cerita ni ada seekor kuda yang sangat comel sebab berkelakuan seperti anjing dan juga seekor biawak biawak ke? yang senantiasa berkepit dengan Rapunzel. dan cerita ini adalah dalam format 3D dan memang agak teruja lah jugak tengok rama-rama beterbangan dan rasa macam nak pegang je walhal manalah boleh kan? Haha~ Tapi mungkin tak setanding dengan effect 3D untuk Filem Mars Need Moms yang akan ditayangan pada 2011. Lagi terbaikkk!


Inilah si Pencuri yang diperkatakan. First time I jatuh  cinta dengan komik character. Eh, ke dah berkali-kali? Muehehehe. I like his mata kuyu. Aww~

Kuda bernama Maximus yang menghidu seperti anjing. Sangat benci kepada sang pencuri dan selalu bergaduh but at the end, kuda ni gak yang tolong si Pencuri

Si tua kutuk yang dah tua sebenarnya tapi mengharapkan magic dari rambut Rapunzel untuk kekal awet muda.


Jadi, itulah ceritanya. Silalah menonton di pawagam. Bawak budak-budak yang sedang bercuti sekolah mesti mereka gembira. :P Kalau 3D rasa mahal sangat, tengok je 2D. Hehe~


Nota kaki kanan: Semua gambar adalah daripada Blog Kit yang di kasi oleh Nuffies.

Nota kaki kiri: Kepada seorang kawan yang tak puas hati sebab aku boleh menonton Rapunzel tapi tak boleh meluangkan masa untuknya pada hari Ahad ni, apa yang boleh aku cakap lagi selain dari apa yang aku dah cakap. Ye, saya memang seorang kawan yang teruk dan seorang manusia yang mempunyai time management yang sangaattttt teruk. Jadi, nak tak nak, terima jelah kawan ko ni. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak berkawan terimalah padahnya. Hehe~

Nota kaki orang: Kepada Kak Reen, nice meeting u. Ada rezeki, ketemu lagi. Kalau tak, kita jumpa je kat dunia blog ni. :P


by,
Aimi A.Z yang minta dimaafkan sekiranya ada hati yang terguris. Hidup ni tak lama, jadi mari kita maaf bermaafan...

2 comments:

PUANSTOBERI said...

ya la..Aimi da nak p Sibu. Sobs.. tp kan..secara kebetulan, dlm blog org tu, terkena dua org yg kak reen kenal dan dua2 tu kak reen jumpa mlm itu. teheheheh...
Ok Aimi, ada rezeki lain, kita jumpa lagi yer..hihi :P

Aimi A.Z said...

Itulah Kak Reen kan? Takpe, pe nak buat. yang penting kita dah tgk Rapunzel. Hehe.

*mengumpat mode* Tapi kan, dia nye entri bukan best sangat pun. Tak lah kreatif seperti yang digembar-gembur pun. Muehehehehehe. *gelak jahat*

Ok, lain hari kita jumpe. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin