Monday, November 29, 2010

Bumi ni taklah sebesar mana sebenarnya (2)

Cerita ni tak berkaitan langsung dengan Part 1 tapi ini adalah bukti lagi menunjukkan bahawasanya bumi ini adalah kecil.


Hari Sabtu. Dua peristiwa jadi berturut-turut. Dua-dua terjadi semasa aku pergi buat medical check up untuk kerja baru. Dua-dua peristiwa membuatkan aku lebih berhati-hati dengan orang sekeliling sebab kita tak tau siapa yang kita akan jumpa.


Peristiwa satu.

Tengah aku sibuk menunggu dan menunggu nama dipanggil untuk berjumpa doktor, adalah datang seorang mamat dengan bininya. "Eh, macam kenal je mamat ni" Rupanya itu adalah kawan seUiTM ku di zaman diploma.  Terasa sangat malas untuk menegur, jadi aku biarkan jelah. Tapi, tiba-tiba terfikir. "Kalau aku buat bodoh dan tak tegur pun, nanti sure kantoi masa nurse panggil nama". Sebab kebetulan nama bini dia sama dengan aku. Adeh! Seperti yang dijangka, bila nurse panggil je "Cik Aimi......." Diorang laki bini dengan pantasnya bangun dan menuju ke arah nurse. Rasa kelakar pun ada, but then terpaksa jugak aku menegur. Hehe~ Dalam banyak-banyak tempat, kenapalah nak berjumpa kat klinik tu, pada waktu tu? Kan banyak lagi klinik yang ada kat muka bumi ni? Ha, nampak sangat bumi ni taklah besar mana pun.


Peristiwa dua.

Masuk bilik doktor. "Uish, hensemnya doktor ni" Serius, hensem! Tak tipu. Btw, setakat sengih sorang-sorang sambil memuji kejadian Allah jelah. *sengih* Bila malam, baru teringat nak tengok laporan doktor. Semua ok, ok. Tiba-tiba baru ternampak nama doktor hensem. "Nama bapaknya macam kukenal" Tak mungkin ada orang nama sama macam tu sebab nama sangat unik. Taip kat FB, turns out itu adalah abang kepada rakan seUiTM saya jugak. Haih~ What a coincident. dan adalah bukti kedua yang menunjukkan bumi ini kecik je sebenarnya.


Jadi, kesimpulannya. Behave yourself walaupun anda rasa takde siapa pun yang kenal anda sebab you'll never know siapa yang ada di sekeliling anda.


Renung-renungkan dan selamat beramal...


by,
Aimi A.Z yang dapat tau doktor hensem dah ada 2 orang anak pun. Tak nampak macam bapak orang pun, serius!

5 comments:

Cik Adek Manes said...

good one, aimi.. !

Fizzo said...

Salam... memang benar ckap awk, Bumi ni taklah besar mana... mana saja yg kita pergi, mesti ada yg kenal atau bersangkutan... :) satu cerita yg menarik tu..

Aimi A.Z said...

Cik Adek Manes,
tq. :P

Fizzo,
Betul, kita rasa je dunia ni besar, tapi tak besar sangat. Jadi, janganlah buat pasal dengan orang. Kan? Kan?

a.k.a. apot said...

so, pe perkembangan ko dengan dr @ abg member ko tu? hehe,

Aimi A.Z said...

najmah oi.
soalan apekah itu? Hahahaha~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin