Friday, November 05, 2010

If I Had Rapunzel's Hair

Kalau saya ada rambut sepanjang 70 kaki seperti Rapunzel;

1.
Saya akan memerap dalam rumah je. Kenapa? Sebab saya kan memakai tudung, jadi macam mana saya nak pakai tudung dengan rambut sepanjang tu? Kalau saya cuba jugak memakai tudung mungkin saya akan kelihatan seperti ini;
Tak bergaya langsung weh~


2.
Saya nak berdiri dalam rumah pun masalah. Saya ni tak tinggi sangat, jadi takkanlah setiap kali nak berdiri saya kena berdiri atas kerusi atau meja untuk mengelakkan rambut saya dari kotor? Haih~ Itu dah menyusahkan diri namanya.

Mungkin mereka sanggup, tapi saya tak sanggup~


3.
Saya nak jadi seperti Rapunzel yang menjadikan rambut saya sebagai tangga untuk sesiapa yang mahu memanjat ke atas? Jangan haraplah weh, habislah rambut I dipijak-pijak oleh kaki-korang-yang-dah-pijak-taik-apa tuh. Penat I berhabis berbotol-botol shampoo, senang-senang je korang mahu pijak! No, no, no!


Tambah-tambah untuk Monster macam ni. Euww~


Oleh kerana sebab-sebab yang saya nyatakan di atas, maka saya taknak menjadi Rapunzel. Biarlah saya menjadi saya yang sekarang dan biarkan Rapunzel menjadi dirinya tanpa perlu kami meniru satu sama lain. Yang penting kami bahagia dengan cara masing-masing. Tiba-tiba!

I love my hair. Don’t u see it? Hehe~


Jadi, mari bersama-sama menonton Rapunzel: A Tangled Tale di pawagam berhampiran mulai 25 Nov. 
Selamat menonton!



by,
Aimi A.Z yang cakap; dapat Wii best gak kan? Hee~

2 comments:

Supia Chao said...

did you get the invitation?

Aimi A.Z said...

yup. did you?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin