Thursday, November 18, 2010

Pengguna Perodua yang Memuji Kehebatan Proton

Proton dan Perodua. Persamaannya adalah dua-dua adalah jenama Malaysia.

Jadi, bila Proton telah mencapai sesuatu kejayaan, pengguna Perodua pun bolehlah tumpang sekaki. After all, kita kan mengamalkan konsep 1 Malaysia? :P

Mungkin ada yang tau, or mungkin ramai juga yang tak tau yang baru-baru ni Proton telah menang Asia Pacific Rally Championship (APRC) di China. Bila masanya pulak Si Proton ni masuk motorsport? Ha, itulah nak cerita ni. Baca dengan gaya Mak Melah tengah nak mengumpat.

Actually, Si Proton ni dah lama masuk pertandingan macam ni, tapi entah kenapa lama menyepi. Sekarang ni setelah beberapa tahun menyepi, Si Proton kembali beraksi dan menang. Bayangkan jelah, Si Proton lawan dengan jenama-jenama seperti Sang Honda, Sang Volkswagen, Sang Mitsubishi dan Sang Subaru, tetapi Si Proton tetap mampu menang. Nampak sangat Si Proton dah banyak improve dan boleh bersaing dan boleh pulak jadi pesaing yang hebat. Cayalah!


Wah, sungguh bergaya si Proton ini


Ha, lupa pulak nak cakap. Si Proton yang hebat itu adalah Proton Satria Neo S2000. Tapi jangan tatau, enjinnya adalah based on enjin Waja 1.8. Jadi, tak kira apa jenis Si Proton tu, kira hebat lah tu. Untuk APRC 2010, Si Proton menang 2 kategori. Yakni, 2nd place trophy, FIA APRC Manufacturers Title 2010 dan 1st place trophy, FIA APRC China Rally 2010. China Rally ni adalah rally yang terakhir untuk 2010, sebelum ni Rally Malaysia, Rally Japan, Rally New Zealand and Rally Australia. Paling best sebelum ni pun tempat kedua masa kat NZ. Banyak rupanya, entah kenapa aku tak tau. *maafkan saya sebab jadi manusia yang tak update tentang isu semasa*


The Trophies. Sumber


Asyik cakap pasal Si Proton lupa nak cakap pasal Si Pemandu. Si Pemandu adalah dua orang di bawah ni yang tak berapa nak hensem, tapi siapa yang akan mempersoalkan kehenseman kalau dah menang? Jadi, lebih baik tak-hensem-tapi-hebat daripada hensem-tapi-hampeh. Kan?

Si Pemandu yang berasal dari Scotland dan SUDAH berkahwin.

He's Australian and he's single!


Jadi, sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut atau tak paham apa yang saya cuba sampaikan ni, anda boleh pilih salah satu daripada 2 option ni untuk info selanjutnya;
  1. Official Proton Satria Neo Super 2000 Facebook Page
  2. Proton Motorsports WordPress

Sama-samalah kita menyokong jenama Malaysia.


Janganlah teragak-agak untuk menggunakan jenama proton. *tiba-tiba gambar INSPIRA*


Jadi, Selamat Maju Jaya untuk Si Proton di tahun-tahun mendatang dan kepada anda semua, lengkapkanlah diri anda dengan isu semasa supaya kita tidak ketinggalan kerana sebenarnya Malaysia ni dah semakin bagus dan bagus. Semoga kita pun menjadi sebagus Malaysia sebab kitakan rakyat Malaysia. Malaysia Boleh! *tiba-tiba*


Encik Perodua, anda tetap kesayangan saya. *wink*


by,
Aimi A.Z yang takut Encik Perodua terasa hati pula bila aku asyik memuji-muji Si Proton. *ngehngeh*

4 comments:

aReaL said...

Nice Post Entry, Proton Memang Best.. Janji Kena Tau Macam Mana Nak Menjaganya.. Kompom Bleh Tahan Lama.. Jom Baca Entry Aku Dan Komen Pasal Proton Kat Sini PROTON SATRIA NEO S2000 IS THE BEST

Aimi A.Z said...

Areal.
Yups. Semua kereta pun macam tu, kalau kena gaya, memang tahan lama. :P

khadijah.saiful said...

aimi
si perodua ikut terbang sekali ke?

Aimi A.Z said...

kd.
mestilah tak. si perodua kena tinggal. tapi mungkin cari si perodua kat sana. mungkin proton. siapa yang tau, kan? :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin