Tuesday, December 07, 2010

Hijrah Itu Pengorbanan

Ingat lagi dulu masa sekolah rendah selalu ada sambutan Maal Hijrah di sekolah. Semua kelas dimestikan masuk pertandingan Nasyid. Jadi semua orang pun, ada yang dengan hati terpaksa, ada yang dengan rela hati berlatih dengan bersungguh-sungguh. Ketua nasyid pada masa tu semestinya Arif Hizami. and thanks to teknologi, saya berjaya merakamkan detik-detik bernasyid di zaman itu. Walaupun teknologi tak seberapa, but still its a technology, rite?


Sesi latihan nasyid di bawah pokok. Arif Hizami adalah lelaki yang memegang kertas itu. Aku adalah sang Photographer, jadi aku tiada dalam gambar.


Tengoklah betapa sucinya muka-muka itu menyanyikan lagu 1 Muharam. Aku rasa aku kat belakang kot, ketinggian yang lebih kurang sama menenggelamkan aku di belakang. Haih~



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman



Menyanyikan lirik di atas membuatkan aku sedar, mungkin memang sesuai sangat masanya untuk aku berhijrah. Sebab hijrah itu adalah pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan juga membentuk perpaduan. dan aku berharap semoga penghijrahan aku ni memberi kebaikan bukan sahaja kepada aku malahan kepada orang di sekeliling aku, tak kira yang tinggal mahupun yang aku bakal berjumpa. InsyaAllah...


Salam Maal Hijrah.


daripada,
Aimi A.Z

4 comments:

PUANSTOBERI said...

Salam Maal Hijrah gak utk Aimi.
Kann..dulu masa nasyid sure tangan tu genggam camtu. Apa pesen tah.. tehehhehe

Kak Reen ada award khas utk AImi b4 Aimi berhijrah jauh ne.. sila kutip di kebun stoberi :))
http://pnstoberi.blogspot.com/2010/12/award-coolest-blogger.html

JUNKO-EL-HIDA said...

Salam maal hijrah & agak terlambat..so sweet gmbr & site maal hijrah ko aimi..Ingat aku masa sekolah rendah dulu..just aku yg xde kt gmbr 2..ntah p mana kot..hahahaha..whatever pun i love the memories..

Aimi A.Z said...

Kak Reen.
itulah fesyen bernasyid. hahahaha~ and thanks for the award. I dah tempek dah, nampak tak? :P

Aimi A.Z said...

Pedot.
aku pun takde dalam gambar. ke sebab aku suke tangkap gambar? hahahaha~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin