Sunday, December 05, 2010

Menghitung Hari

Disember.


Bulan berlakunya peristiwa-peristiwa penting. Bulan yang menentukan samada aku berjaya menggenggam Master atau tidak. Bulan di mana aku akan berpindah daripada Semenanjung Malaysia dan memulakan hidup di rantau orang. dan juga bulan di mana aku bertukar menjadi seorang gadis berusia 26 tahun. 


Semuanya berlaku pada bulan Disember.


Bulan ini juga menyaksikan lahirnya puteri kepada Irma Asyura dan bulan bermulanya status baru untuk Wardatul Baidha.


Harap Disember tak berlalu dengan begitu cepat supaya diri aku berjaya menghadapi semua peristiwa dengan hati yang terbuka.


Gambar bukan sekadar hiasan.


Opah yang menghitung hari cucunya akan pergi jauh telah merequest untuk berjumpa cucunya untuk berpesan, "Amy JANGAN cari orang sana, orang Semenanjung pun ramai." Hahahaha, kalau dah takde orang Semenanjung, apa salahnya orang sana kan, Opah. Lagipun, kitakan 1Malaysia? *wink*


by,
Aimi A.Z yang sebenarnya tak sempat pun menghitung hari sebab banyak sangat yang harus difikirkan. Haih~

4 comments:

FARHANA JAMIL said...

ahah...apekah status baru cik warda...

nOniE said...

aimi sama post kita...cara yang disampaikan berbeza tapi masih berfikir benda yang sama....ahakz

Aimi A.Z said...

Farhana.
Ahah! biarlah cik tuan badan yang bagitau sendiri. :P

Noni.
Aku tiru ko lah tu. :P

creativ said...

selamat maju jaya..moga tercapai apa dicitakan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin