Friday, December 17, 2010

Sebenarnya Saya Hanya Mahu Cakap "Bye Bye"

Dah sampai masanya untuk saya berhijrah dan memulakan langkah baru yang sangat besar dalam hidup saya. Dari kehidupan sehari-harian dan dalam kerjaya. Saya tahu anda semua tak merelakan saya pergi (sila muntah sekarang!) tapi percayalah pemergian saya ini adalah demi kebaikan semua pihak. Jadi relakan saya pergi.


Dengan zaman yang serba canggih ini anda semua takkan dapat merasa ketiadaan saya. Kerana setiap aktiviti saya akan saya laporkan di dalam blog ini, segala bebelan akan diupdate LIVE melalui Facebook, dan segala ketidakpuasaan hati akan dilemparkan melalui Twitter. Jadi, bila anda akan merasa ketiadaan saya?


Mungkin ada masanya, saya tidak dapat menghadiri event-event yang dianjurkan. Mungkin pada masa tu baru anda akan terdetik, "Kalau Aimi ada kan best" (muntah lagi?) tapi bila anda berperasaan gembira dan bergaul mesra dengan rakan-rakan dan saudara mara yang ada anda akan terus melupakan nama Aimi itu, jadi biarkan perasaan anda itu berdetik kerana perasaan yang berdetik itu hanya datang untuk sesaat.


...dan percayalah, anda akan dapat melupakan Aimi dalam sekelip mata. Ha, cuba kelip mata sekarang, dah lupa tak siapa Aimi? ngee~


Jadi, saya pergi dulu. Mungkin kita akan berjumpa lagi di suatu hari yang hening.


Maafkan juga salah silap, halalkan makan minum. Hutang piutang silalah tuntut kerana saya ni masih hidup lagi, masih boleh membayar hutang piutang anda. *ngehngeh* Doakan saya berjaya dengan jalan yang saya pilih.



Yang Benar,
Aimi A.Z

6 comments:

Anonymous said...

bye mi...
nanti dah jumpa 'org' baru jgn lupa yg lama... wpun yg baru itu berjaya menarik hati! :P

haha gudluck & all the best!!

nanti balik leh open table! ahahaha

Anonymous said...

pergi je aimi... ko kat sana leh jual barang barang ko... siap leh upkan harga lagi hehehheeee

FARHANA JAMIL said...

mi...take care k...ape2 hal ko roger je si adrian ke geri ke... huhuu...x meriah la gi majlis x jumpe ko =(

Aimi A.Z said...

Farah oi,
open table no hal. tggu bile aku blk.

syed (?)
tak habis2 encik ni memikirkan bisnes. sy nk g le ni. kawin nanti jemput awal sikit eh?

farhana,
majlis tetap meriah walaupn aku takde. haha. kwn2 ko tu kt kuching kn? kene naik flight jugak utk mendapatkan aku. haha

aliaaroslan said...

good luck kat tempat baru

Aimi A.Z said...

Tq alia. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin