Tuesday, January 11, 2011

Cabaran Seorang Jurutera

Nama aku Aimi. Langkah saya bermula untuk menjadi jurutera sejak Tingkatan 4 lagi apabila saya mengambil Lukisan Kejuruteraan sebagai salah satu subjek saya. Sejak dari itu, saya menanamkan niat untuk menjadi seorang jurutera wanita yang berjaya dan seterusnya dikenali di serata dunia kerana kehebatan saya sebagai jurutera.

Saya memulakan kerjaya saya sebagai jurutera sebaik sahaja saya berjaya menggenggam segulung ijazah. Saya bermula di design office sebagai design engineer. Sebagai seorang jurutera yang baru melangkah keluar dari universiti, semestinya saya tiada bekalan ilmu selain daripada yang dibekalkan di universiti. Ilmu-ilmu di universiti kebanyakannya adalah teori dan berpandukan daripada buku semata-mata, berbeza dengan alam pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal dan critical thinking sebagai seorang jurutera. Saya perlu banyak belajar daipada Sang Senior dan saya sangat bersyukur kerana mempunyai Sang Senior yang sangat pemurah dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya.

Cabaran saya di design office apabila hendak memberi kerja kepada draftsperson saya. Kepada mereka yang kurang tahu dengan selok belok kerjaya sebagai seorang design engineerdraftsperson adalah orang di bawah jurutera yang akan melukis balik apa yang disuruh oleh jurutera. Jurutera akan memberitahu butir-butir apa yang perlu dilukis dan draftsperson akan merealisasikan apa yang diminta. Untuk kes saya, draftsperson saya adalah orang yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang drafting. Sudah tentulah saya yang baru-keluar-dari-universiti ini sangat-sangat dipandang rendah. Sehinggakan ada masa-masanya, Sang Draftsperson akan menolak mentak-mentah kerja yang saya berikan. Mungkin kerana alasan tidak boleh menerima kerja daripada mereka yang muda dan tiada pengalaman seperti saya. Tetapi, hari-hari mendatang mengajar saya cara untuk memastikan mereka membuat kerja yang saya berikan kerana saya adalah jurutera, dan jurutera berhak menyuruh draftsperson melaksanakan kerja yang diberi.

Setelah tiga tahun bekerja dalam design office, saya memutuskan untuk beralih arah. Saya mahu berkecimpung di tapak (baca: site). Saya mahu melihat rupa sebenar apa yang saya lukis di pelan. Saya mahu mengembangkan karier saya dan cita-cita saya untuk menjadi jurutera yang berjaya. Saya menjadi Project Management Consultant (PMC) yang menguruskan hal-hal di tapak dan menguruskan consultant, contractor dan mereka yang lain. Di sini bermulanya cabaran yang lebih besar tetapi dengan konsep yang agak sama semasa di design office yakni konsep tidak-boleh-menerima-pendapat-daripada-mereka-yang-muda-dan-tiada-pengalaman.


Bila jurutera seperti ini yang turun ke site dan memberitahu apa yang betul, dan apa yang tak betul adakah anda akan mengikut arahan yang diberikan?


Selain contractor dan consultant, saya perlu menguruskan technican saya. Di sini technician saya adalah lelaki berumur lima puluh tujuh tahun yang semestinya mempunyai pengalaman yang sangat banyak. Saya sebagai jurutera yang mempunyai kosong tahun pengalaman di tapak sekaligus menjadikan saya seakan fresh graduate walaupun mempunyai tiga tahun pengalaman di design office. Jadi cabaran semasa di design office berulang kembali di mana Sang Technician mempunyai pandangan sendiri dan tidak langsung mendengar pandangan saya sebagai seorang jurutera. Sang Technician juga sangat berlembut dengan contractor menjadikan saya susah untuk bertegas walaupun saya mempunyai kuasa yang lebih sebagai seorang jurutera. Ketegasan saya sebagai seorang jurutera dipertikaikan oleh Sang Technician mungkin dengan alasan apalah-yang-budak-ni-tahu tentang segala perkara. 

Saya mengaku memang saya tidak banyak tahu tapi saya adalah seorang yang boleh belajar. Saya boleh merekodkan apa yang saya nampak dengan mata kasar dan apa yang tak nampak dengan mata kasar, tetapi Sang Tecnician berikiran sebaliknya. Mentality Sang Technician adalah, apa yang tak nampak dek mata kasar akan dinampak juga nanti and for time being just sign the damn report! Jadi saya tersepit antara yang benar dan apa yang salah, apa yang ada dan apa yang tak ada, dan apa yang terjadi dengan apa yang dicakap oleh Sang Technician. Saya mahu menjaga hubungan baik dengan Sang Technician kerana Sang Technician adalah rujukan saya tetapi dalam masa yang sama saya mahu menjaga kredibiliti saya sebagai seorang jurutera.

Jadi, kesimpulannya di sini, bukan senang untuk menjadi seorang jurutera. Pelbagai cabaran yang mendatang tetapi diharapkan masa akan memulihkan segala-galanya dan diharap kesabaran sangat menggunung untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.


by,
Aimi A.Z yang merupakan seorang jurutera...

24 comments:

JUNKO-EL-HIDA said...

Sebenarnya cik aimi mana2 tempat keje & jnis keje pun kte akan hadap bnda yg sama..Org lama xmau kalah ngan org baru..mentaliti bdak baru xtau apa..Tapi sesetgh part yg aku blaja bila aku mnjadi senior dlm keje,kte x boleh trlalu tegas..Sometimes kte kne buat partner or org bwahan mcm kwn baik kte..Biar semua org selesa bekerja..Sebenarnya bila keje nie,hidup kte pnuh dgn kepura-puraan..Some part kte msti tegas & some part kte kne be friendly..Wink!

Aimi A.Z said...

yup, sangat betul. tapi aku bukan tegas dengan org bawahan or partner kita, aku bertegas dengan pihak yang sepatutnya, tapi tahlah. sabar jelah kan? aku kan budak baru belajar. haha~

JUNKO-EL-HIDA said...

Yup..just bersabar..mula2 mmg mcm tue..dah lama bru kte tahu kt mane nk ikut jalan lurus dan kt mana kita ble bengkok skit..lurus sgt pun nanti org sakit hati plak..post yg best..aku suke post ko yg nie..hihi..baru or lama tetap sama..bila kte betul kita lawan..kalo rasa x betul diam & baiki..take care..ngeeeee..edit skit gmbr ko pki helmet projek..msti cute..hihi

Aimi A.Z said...

hahaah~ malas lah aku nak edit2. tu pun aku curik mase lunch tulis blog, tak sempat nak buat watermark gambar pun. hehe. thanks anyway :P

nadia said...

boleh sy tw cik aimi lulusan dr universiti apa dan mengambil jurusan apa? :)

Aimi A.Z said...

salam. saya uitm graduate. civil engineering. :P

ubaidullah said...

dahsyat nye saya engineer tp sambung master je...maybe takleh dapat pengalaman macam engineer di luar sana

Anonymous said...

Assalam. maaf, adik ingin bertanya. adik skrg ting 4, amik aliran sains tulen. boleh ke nak amik kejuruteraan time degree nnt? susah x basic lukisan kejuruteraan? dan subjek apa yg kena master time SPM t ?
Thanks Engineer, Sis Aimi :)

Aimi A.Z said...

Hai Adik Anonymous,
Sains tulen boleh ambik kejuruteraan. Yang penting kena master fizik and add math. Basic engineering ramai je yang tak amik sains teknikal yang boleh buat. So, jangan risau sangat. Eh, tapi tak tau lah pulak requirement baru sekarang macam mana. Cuba cek. =)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.
Hai akak, sy ade sedikit persoalan tapi mungkin lebih kepada meminta keterangan.
Boleh tak sy tahu susunan kehidupan akak lepas shaja dr spm, then sambung blajar kat mana. Jurusan apa.
Kemudian bila dah berkerja, kerja di syarikat mane.
Skrg ni sy sedang belajar di matrikulasi. Dan masih ada kabus² yg menghalang pemandangan sy untuk melihat masa dpan sy. Hehe.
Sy harap akak dpt memberikan sedikit penerangan ke emel sy (kalau boleh) tapi kalau kat sini pun sy terima juga. Sy hargai atas apa yg akak berikan.
Emel sy: rasyid000@yahoo.com.my
Terima kasih ^_______^

tulip eustary said...

sy minat bidang engineering ni.. dan sy juga merupakan student building services engineering... kadang2 sy keliru dengan halatuju saya selepas habis belajar ni.. sy amat berminat utk mengetahui dgn lebih mendalam lagi pengalaman2 yg cik aimi tempuh..
ape2, sila email sy ye
the_dollika_girlzzz@yahoo.com

sekian, terima kasih ;)

Winnie Mastura said...

hai kak aimi . saya pun bercita2 nak jadi seorang jurutera bila masa Form 4 saya masuk kelas science stream . sekarang sy masih belajar di poli sabak bernam ambil diploma kejuruteraan awam .

yang penting kita takkan putus asa ! hebat hey ! :D

minah comot said...

assalamualaikum akak , ,
nk mntak akak sharing penglman akak sblm dpt ker ? ? adkh ssh ? ? sy pljr poli kb , amik kjteraan awm . . so sy blm taw ke mana sy nk smbung after this . . really2 need u help . . :)

nnti apew2 email at this : comotminah@gmail.com . .mekasih . .

Azilah Tahir said...

Saya pun mcm akak, sejak amik LK wktu tingkatan 4, saya nak sgt jd jurutera. tp rmai kata perempuan susah nk jd jurutera. Terima kasih share pgalaman akak. rasa bersemangat balik.. :)

Azilah Tahir said...

Boleh akak kongsikan sikit perjalanan atau step by step nk berjaya dlm bidang ni? saya masih samar2 dlm bidang ni, jd saya perlukan org bpengalamn utk beri tjuk ajar

emel kan kat saya jilagurlz_95@yahoo.com.my

ptolongan akak amat dihargai.. :3

Ekin ank Pak Suhaini said...
This comment has been removed by the author.
Ekin ank Pak Suhaini said...

Salam kak, saya nak creditkan nama akak dalam report saya bole? Banyak lah juga saya dpt info2 dalam blog akak ini mengenai pengalaman akak menjadi seorang jurutera ni. Moga Allah permudahkan segala urusan akak di dunia maupun di akhirat :)

Anonymous said...

Assalammualaikum , saya baru d tingkatan 2 sy brcita2 nk jd engineer jugak boleh terangkan dan ceritakan halatuju dan jln yg terbaik utk menjadi seorang engineer yg macam cik aimi ni?

siti cempaka said...

assalamualaikum, hye sy fresh grad.sy dpt offer design eng dgn gaji seribu lebh shj dikwn kl. sy berbelah bahagi antara nk terima atau tidak,sbb sy jenis yg lasak.xbole duduk hdp pc sj.sy sker outdoor. sy nk jd tenaga pengajar cume laluan utk jd lecture tu xnmpk. so ape pandgn awk?

Nadhirah Berohan said...

Kalau kejuriteraan kimia cmne ?

Nadhirah Berohan said...

Kalau kejuriteraan kimia cmne ?

Didie Kamila said...

i think more challenging more interesting..:)

tiga lalat said...

cita cita ku menjadi sorang engineer., hehe2

Suhadah Salehin said...

Salam. Kalau nak keje dlm drafting kena amik kos apa ye masa bljr?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin