Wednesday, January 05, 2011

Macam Mana Nak Terima Orang Baru Dalam Hidup Ni?

Bersama Prof. Aimi, Pakar Motivasi anda membincangkan topik yang sungguh hangat ini. *Prof. kunun. Ceh!*


Topik ini tiada kaitan dengan isu orang baru di dalam perkahwinan mahupun orang baru yang dikandung. Topik-topik itu sangat berat untuk dibincangkan oleh Prof. Aimi yang tak bertauliah. Ini adalah mengenai orang yang baru kita berjumpa di tempat kerja ataupun tempat belajar mahupun orang yang baru dijadikan kawan dan juga housemate.


Dibesarkan dan disosialkan dengan cara yang berbeza dengan latar belakang yang berbeza menyukarkan lagi keadaan. Masa belajar di UiTM, perkongsian rumah sewa bersama rakan-rakan taklah sesusah mana kerana kami disosialkan di UiTM. Jadi, walaupun latar belakang keluarga sedikit berbeza tapi kami boleh mengadjust keadaan sebab kami disosialkan di Shah Alam dan berkongsi kebanyakan rakan yang sama. Tahap kesosialan juga sama, tiada yang terlebih, tiada yang terkurang. Jadi sangat senang mau diblend in.


Lain pulak keadaannya sekarang. Di sini yakni di negeri orang. Kami mempunyai latar belakang yang sangat berbeza, mempunya tahap kesosialan yang memang berbeza dan semestinya mempunyai nothing in common. Oklah, bukanlah  nothing, tapi sangat sikit persamaan especially size badan. Kami telah disosialkan di tempat yang berlainan tetapi kami di sini untuk dimatangkan. Maka, bukan ke susah untuk menyesuaikan diri? Actually, I'm the type yang sangat senang nak adapt dengan keadaan sekeliling but this time rasa macam susah sikit. Maybe masa yang akan menentukan. Just be patient and accept people just the way they are. and by the way, antara kami bertiga I'm the average type. At least saya rasa macam tu.


exHousemate saya.
(dua sudah bergelar ibu. dua bakal berkahwin pada tahun ini. dua adalah single dan ready to mingle)


eh, tetibe teringat zaman-zaman bersama exHousemate. Banyak benda suka duka yang jadi. dan of course lebih banyak suka daripada duka. Bagun pagi semua dah tau time masing-masing untuk mandi, then berkejar-kejaran mengejar bas. Dah lah ada satu bilik tu memang hari-hari pun lambat. Bilik manalah tu, kan? Then, pergi kelas bersama-sama then bila balik tapau makanan atau kalau hari Rabu siap-siap beli bahan basah untuk dimasak. Kadang-kadang bergotong-royong memasak sambil tengok cartoon dari TV kecik. Lepas makan, ada yang sambung tengok TV dan melayan internet tapi ada yang terus pergi belajar dan membuat kerja rumah. Oh, I really miss those days! but of course, things will never be the same again.


Jadi, diharapkan saya menerima housemate baru saya seadanya sepertimana saya mengharapkan mereka menerima saya seadanya. Mungkin suatu hari nanti kami bertiga sudah tidak terlalu berbeza tapi diharapkan perubahan itu adalah perubahan yang positif, bukan yang sebaliknya. InsyaAllah...


by,
Aimi A.Z yang takde kamera untuk menunjukkan gambar rumah sewa baru kepada seluruh dunia. *ngehngeh*

4 comments:

iqiNAMY said...

wish you can adapt your new life there :)

sabree hussin said...

"antara kami bertiga I'm the average type"

apa maksud dia dengan average type tu?

Aimi A.Z said...

iqin.
thanks! harap cepatlah dapat adapt.

Aimi A.Z said...

encik sabree hussin,
banyak maksud yang tersirat tu. nanti kalau bitau detail sangat. anggap je sy ni tak terlalu baik, tak terlalu jahat. so, di tengah2 le. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin