Saturday, January 01, 2011

Mengabaikan dan Diabaikan

Blog ni telah diabaikan dan akulah orang yang bertanggungjawab mengabaikan blog ini. Sebenarnya banyak sangat cerita, tapi entahlah kenapa setiap kali menaip bibit-bibit perkataan pasti butang Publish Post tidak sempat ditekan. Mungkin terasa corak penceritaan yang bosan yang semestinya akan membosankan para pembaca. dan tak tahu bila masanya aku kisah tentang membosankan para pembaca kerana tak pernah tak bosan pun kan? Hahaha~ btw, biar aku simpulkan satu persatu tentang apa yang ingin aku blog selama blog ini diabaikan.

AMARAN : Entri ini mungkin menjadi sangat panjang dan membosankan. Jadi, sila bersedia mentally dan physically. Ngehngeh.


9 Disember 2010 | Lima Puluh Empat

Encik Abah genap lima puluh empat tahun. Hari dimulakan dengan surprise cake daripada Puan Umi di office. Pertama kali sepanjang 28 tahun perkahwinan. Malam semestinya family dinner dan tambah memeriahkan majlis adalah Encik Cousin seisi keluarga. Selepas dinner adalah supper di Pappa Rich yang sangat dijealous oleh Cik KakLong kerana bekerja di KT. Tapi sekarang aku pulak yang tak dapat nak join aktiviti family kerana Sibu lagi jauh dari KT. Maka, hanya boleh melihat gambar dari kejauhan. Tu pun kalau diorang upload gambar lah. Ceh!


Encik AZ semasa berumur lima puluh empat tahun

Mereka yang terlibat untuk memeriahkan majlis

Supper di Pappa Rich disponsor oleh Encik Cousin



21 Disember 2010 | Dua Puluh Enam

Dua puluh enam tahun aku hidup di dunia ini, dikurniakan tubuh badan yang sihat, dikelilingi oleh kaum keluarga dan sahabat handai, belajar mengenal erti hidup di negeri sendiri. Kini, selepas dua puluh enam tahun, aku diberi peluang untuk belajar erti hidup berdikari di tempat orang. Tanpa dikelilingi mereka yang selama ini menjaga dan mengambil berat entang diri aku, yang hanya boleh menolong diri aku adalah aku sendiri dan semestinya Allah. Semoga aku berjaya melalui cabaran di tempat orang dan semoga aku berjaya mengutip hujan emas sebelum kembali ke negeri hujan batu. Happy birthday, Aimi!


Percaya tak budak ni telah membesar dan memBESAR menjadi gadis berumur 26 tahun


23 Disember 2010 | Cabaran yang Memerlukan Kesabaran (bak kata Cik Non)

Baru beberapa hari di tempat baru, banyak cabaran yang mendatang. Cabaran mendatang dari pelbagai sudut. Dari segi kerja, dari segi hidup di negeri orang, dari segi orang sekeliling yang baru. Semuanya datang sekaligus dan aku harus cepat untuk mengadapt dan mengabsorb semua perkara. Tapi, bukan senang nak menghadapi semua cabaran dengan sabar, cuma berharap akan diberi kesabaran yang tinggi dan dapat melalui semua ini dengan hati yang terbuka. Bukan senang nak hidup kat negeri orang, woi. Fikir duit Aimi, fikir duit. Ish3x, memang mata duitan. 


24 Disember 2010 | Usaha Tidak Mendatangkan Hasil

Mungkin usaha sebenarnya tidak seberapa, maka hasilnya susah nak keluar. Jadi, saya redha! Saya redha saya tidak dapat menghabiskan master saya dalam tahun ini atas sebab-sebab teknikal. Sila jangan tanya apa sebab-sebab teknikal itu kerana nanti saya sedih. :( Cukuplah anda tahu yang saya masih perlu meneruskan perjuangan membuat thesis dan akan grad bersama Encik Syed, Cik Yati dan juga Cik Najmah. Eh, Cik Non, jomlah grad sama. :P


31 Disember 2010 | Can't Believe I Hate Weekends!

For the first time of my life, saya benci hujung minggu. Why? Sebab hujung minggu adalah masa berseorangan dan keseorangan. My house-mate balik tiap2 minggu dan saya nak balik tiap2 minggu tapi nanti habislah pulak hujan emas yang dikutip. Jadi, duduklah saya keseorangan tanpa keluarga dan kawan. Adoi! Takde siapa ke nak datang Sibu temankan saya di sini, or masanya telah tiba untuk saya mencari boyfriend di Sibu. Oops!


1 Januari 2010 | Adik-adik Kekmi Bertambah Bilangannya

Pagi-pagi dah dapat berita kelahiran baby girl Zue and Farid. Pandai sangat anak diorang ni pilih tarikh. 1.1.11. Memang senang nak ingat, jadi mesti senang nak claim hadiah setiap tahun. Macam mana lah rupanya anak diorang ni, macam bapak nya or macam mak nya? Tak kisahlah rupa macam siapa pun yang pasti lambat lagilah baru aku boleh jumpa anak korang. Lepas ni Irsalina ada kawan main masak-masak. Kan Irsalina, kan? Lepas ni giliran siapa pulak beranak? Hehe~


Cuba bayangkan rupa anak mereka berdasarkan gambar yang dicuri dari Facebook Farid ni. *jangan marah ye*


Itulah serba sebanyak sedikit cerita yang menjadi Draft di dalam blog aku selama blog ini terabai. Ada yang tak sempat masuk Draft pun sebab aku hanya draft dalam otak aku je. Jadi, harap entri kali ni menebus semua pengabaian aku terhadap blog ini dan nothing else yang aku nak cakap untuk menutup entri ini selain daripada,


Happy New Year 2011
Semoga berjaya memenuhi azam!


by,
Aimi A.Z yang tak sempat nak fikir azam 2011...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin