Sunday, January 30, 2011

Perpisahan Itu Pasti Berlaku

Entri ini ditulis setelah membaca blog mereka, mereka, dan mereka ini tentang perpisahan yang berlaku antara mereka dan kawan-kawan mereka yang lain. dan teruslah aku teringat tentang hal-hal perpisahan antara aku dan mereka di sekeliling aku lantas tercetus untuk membuat satu entri khas berkaitan hal ni.

Hidup ni memang tak lari dari perpisahan. Selalunya kita taknak pun perpisahan tu berlaku, tapi, perpisahan tu tetap berlaku. There's nothing we can do about it because it's nature, and it's a part of life. dan memang perpisahan itu adalah adat manusia.

Dari zaman-zaman hingusan lagi kita dah terbiasa dengan perpisahan. Tapi, mungkin perpisahan di zaman meningkat remaja dan zaman matang lebih menyakitkan kerana kita lebih berperasaan daripada zaman hingusan. dan mungkin juga perhubungan yang dibina itu lebih bermakna jika dibandingkan dengan zaman hingusan. Not to say that perhubungan dan persahabatan di zaman  hingusan tak bermakna, but you know what I mean. Apalah yang diketahui oleh budak hingusan mengenai perpisahan? 



Zaman hingusan saya. Memori yang memang aku ingat sampai hari ni. Aku tau ramai yang tak berapa ingat kawan-kawan semasa bersekolah rendah, but not me. Maybe ada lah yang aku lupa or yang aku sengaja lupa, but then kebanyakannya aku ingat. and thanks to Facebook, kerja-kerja pencarian rakan sesekolah menjadi senang. dan boleh berjumpa balik, walaupun sudah 14 tahun berpisah. Bukan ke itu adalah seperti the greatest moment yang akan diingat sampai bercucu cicit?



Form 1 sampai Form 3 aku bersekolah di Ipoh. Duduk asmara asrama. Bila Form 4 bertekad mahu bersekolah di Serdang. Walaupun sendiri yang decide untuk menukar sekolah, tapi memang sangat beraaat nak meninggalkan sekolah setelah 3 tahun. It's not easy to meet new people and to adapt new environment. Even though mungkin keputusan dibuat kerana sudah bosan dengan hal-hal yang beraku di persekitaran but still, it's not easy to say goodbye. and of course, goodbye seems to be the hardest word. Things also will never be the same again.



Makin meningkat remaja makin terasa perpisahan itu. Tambah-tambah bila tamatnya zaman universiti, masing-masing membawa haluan masing-masing untuk mengejar cita-cita masing-masing. Semua dah menuju ke arah yang berbeza  dan sangat sukar untuk mengejar semua orang. Walaupun dengan ayat "Aku takkan lupa kau!" atau "Kita tetap kawan sampai bila-bila" tak bermakna semua benda akan jadi seperti yang kita rancangkan. Kita manusia memang merancang, tetapi bagaimana kelancaran rancangan kita itu bukan kita yang menentukan. dan sebagai manusia, kita perlu menerima apa yang bakal terjadi dengan hati yang terbuka, whether we like it or not! 

Walau serapat manapun kita pada sesuatu masa, kita mesti sedar: There will be time yang semua ni akan berubah. and walaupun benda tu menyakitkan tapi benda tu yang akan menjadikan kita menghargai mereka di sekeliling kita. and make us realize that dalam dunia ni tak ada yang kekal.



...dan semestinya perpisahan yang paling menyakitkan adalah kematian. Tapi, kematian adalah pasti dan lagi menyakitkan kerana kita tak tau bila ianya akan terjadi. dan kita tak tau siapa di antara kita yang lebih dulu meninggalkan kita. mungkin juga kita dulu yang meninggalkan mereka? Wallahualam...

Jadi, kesimpulannya di sini hargailah orang-orang di sekeliling anda kerana anda tak tau berapa lama masa yang anda ada untuk berada di samping mereka. Anda cuma tau perpisahan itu akan berlaku, tetapi bagaimanakan perpisahan itu akan berlaku dan bilakah perpisahan itu akan berlaku hanya Dia yang mengetahui.

Renung-renungkan.


by,
Aimi A.Z yang mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilakn entri ini...

8 comments:

JUNKO-EL-HIDA said...

Waaa..Kenapa gambar aku xde dalam nasyid Kelas matahari?..Yang aku tau aku x terpilih kot masa tue..Ker aku ada gak?..ngeeeeeeeeCkit jer gambar yg ada muka aku sikat tepi..hahahaha..Artikel yg best aimi!

Aimi A.Z said...

tulah, gambar aku pun banyak takde. mungkin sebab aku banyak jadi photographer kot. haha.

artikel ni boleh jadi artikel pilihan ko tak? hahahaha~

katy comel ^_^ said...

mane aku?
maneeeeee?

futnote: ai memang comel yuuuuu :)

JUNKO-EL-HIDA said...

Emm..mane ble bgth..hahahahaha..Ko tgk maner yg rasa terbaik..Then ko ikut jer contest aku..Senang..Artikel ko byk yg gempak2 la aimi..AKu suke baca kalo ko tulis..Layan jer..

Aimi A.Z said...

katy (kunon) comel,
ko xde lah, nak wat camne. haha~

futnote: tapi u takkan secomel ai. haha~

Aimi A.Z said...

pedot,
yelah2. dahlah taknak bitau hadiah, artikel mane pun taknak bitau. haha~ maner der gempak, biase2 je. *malu*

syura said...

aku suke gamba kt klcc tu..

Aimi A.Z said...

aku pun suke. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin