Wednesday, January 26, 2011

A Trip to SMK | Part 1

First of all, SMK stands for Sipadan, Mabul and Kapalai. Saya pun tak tau berapa part yang ada, jadi, silalah baca sehingga titisan part yang terakhir.

Alkisah bermulalah perancangan untuk family vacation sekitar bulan Mac tahun 2010. Semua ni mestilah gara-gara promotion Air Asia dengan moto yang paling sedap didengar yakni Now Everyone Can Fly! Jadi, Borneo menjadi pilihan seisi keluarga dan semestinya pilihan itu adalah merupakan pilihan yang paling tepat.

6 out of 8 di LCCT seawal Subuh



Mari mulakan Part 1 dengan persoalan: Apa yang anda perlu tahu semasa merancang untuk bercuti?
  1. Budget | Ini adalah component yang sangat penting untuk bercuti. Seeloknya pastikan ada banyak masa untuk anda mengumpul budget. As for us, kami memilih bulan 1 kerana bulan itu dapat dividen ASB, jadi kami tak payahlah kumpul duit sepanjang tahun, cuma menunggu ASB bagai menunggu bulan jatuh ke riba. and dalam kes ni memang bulan akan jatuh ke riba. Eh, faham tak? Oh, tapi kalau korang memang banyak duit atak mak bapak korang kaya, mungkin korang boleh abaikan komponen ni.
  2. Tujuan | Tujuan bercuti adalah penting untuk menetukan destinasi. Kenal pasti apa aktiviti yang ingin dilakukan. Aktiviti lasak ke, bermain air ke, menikmati udara dan pemandangan ke ataupun bershopping? Untuk kami, kami pilih bermain air yakni bersnorkeling, berdiving (sorang je!) dan bermandi manda. Jadi untuk tujuan kami tu, kami senaraikan pulau-pulau di Malaysia yang menjadi idaman, dan pemenangnya adalah Pulau SMK. dan pilihan ini juga tertakluk kepada budget anda.

Jadi, bila dua (2) komponen ini telah berjaya dicapai, anda pun akan dapat memilih tempat untuk bercuti. Baru dapat tempat, banyak lagi perkara yang perlu anda tau selepas mendapat tempat. Jadi, kita berjumpa di episod akan datang yang entah bila akan ditayangkan. Sekian.


by,
Aimi A.Z yang teringat pulak kat Qi Qushairi (Destinasi Budget/Blogger Boy). Eh, dia bercinta dengan Yuna? Huh~

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin