Thursday, January 27, 2011

Trustworthiness

According to R. Williams, Trust is always earned, never given. Tapi, kadang-kadang tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan kepercayaan itu sangatlah panjang. dan tak semua manusia mampu melalui liku-liku perjalanan untuk mendapatkan kepercayaan itu.

Kepercayaan adalah subjektif yang mempunyai objektif. Ha, macam mana tu? Habislah Cikgu BM marah kat aku dengan kenyataan yang diragui tu. Hehe~ Maksud aku di sini adalah, aspek-aspek kepercayaan itu adalah subjektif. Terdapat banyak aspek kepercayaan yang wujud bergantung kepada setiap individu. Apa yang mereka percaya? Objektifnya pula bergantung kepada aspek kepercayaan itu sendiri. Contoh yang paling senang, Rukun Negara yang pertama. Kepercayaan kepada Tuhan. Objectifnya adalah percaya kewujudan Tuhan dan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Aspek kepercayaan itu adalah subjektif kerana tak semua individu berfikiran sama. Ada yang tidak percayakan kewujudan Tuhan, maka aspek kepercayaan itu tiada dalam kamus hidup beliau. Begitulah yang aku maksudkan dengan kepercayaan adalah subjektif yang mempunyai objektif. Relevan tak?

Dalam kehidupan sehari-harian pula, kepercayaan antara satu sama lain amatlah penting untuk memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Sekiranya dalam urusan kerja, seorang bos tidak memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada pekerjanya, maka bagaimana kerja yang efektif dapat dijalankan? Ok, mungkin susah untuk seorang bos mempercayai seorang yang sangat muda dan tidak berpengalaman, tapi if there is no chances given, bilakah agaknya kepercayaan itu akan dibina?

Memang susah untuk memberi kepercayaan. Even aku sendiri pun susah untuk mempercayai orang. Tapi aku sangat setuju dengan 3 simple words form Ronald Reagan yakni Trust, but Verify. It's true! If you do not know how to give your 100% trust, then you verify, after you trust. Jadi, hati anda pun akan menjadi lapang sedikit dan lebih mempercayai. Taklah buta-buta je percaya kat orang, at least ada lah back up di kemudian hari.

At the end of the day, what really matter is; Those Who Trust Us, Educate Us. T. S. Elliot memang memberikan conclusion yang sangat tepat untuk isu ini. Makanya, bila orang tak mempercayai kita, bila masanya kita akan menjadi masyarakat yang educated?

Renung-renungkan.



by,
Aimi A.Z yang memilih cara skema untuk menyampaikan topik kali ini. *wink*

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin