Sunday, February 20, 2011

150 Juta Blog Entri

Itulah aim aku pada suatu hari nanti. Tapi, entah tahun bila baru kesampaian. Haha~ Takdelah, actually aku tengah mendengar lagu 150 Juta ni sambil menulis tentang entri aku yang sudah hampir mencecah 500 entri, makanya terhasillah tajuk sebegitu. 


First entri aku di Blogspot adalah pada May 29, 2006. Kalau nak dibandingkan entri semasa dulu dengan sekarang, memang tersangat banyaklah bezanya. Dari segi cara penulisan, dari segi bahasa, dari segi idea, dari segi gambar, semuanya berbezalah. Life pun nampak bezanya. Mungkin sekarang ni lebih matang walaupun kalau tengok sekali imbas nampak macam tak matang-matang. 

Macam kelakar pun ada bila baca entri-entri dulu. Tapi, itulah tujuan blog ni sebenarnya. Untuk aku mengingat balik life aku suatu masa dulu, siapa aku sebenarnya dan apa yang telah aku buat untuk mencapai tahap sekarang. Kalau kita tak tulis, kita takkan ingat semua benda-benda yang jadi. So, guys, mulakan menulis blog dari sekarang! Takkan menyesal punya, serius.

Jadi, sementara entri aku mencapai 150 juta, korang dengar jelah lagu 150 juta daripada Fynn Jamal ni. *wink* (walaupun takde kaitan dengan entri ni)



by,
Aimi A.Z yang suka baca entri-entri lama sebab memang mengimbau kenangan...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin