Sunday, February 13, 2011

Ada Sesetengah Benda,

Ada sesetengah benda,
Kita tahu ianya sangat penting. Tapi, entah kenapa kita tak pandai menghargai benda tu. Or tak pandai untuk menunjukkan yang kita menghargainya. Tapi, kita tahu, bila kita hilang benda tu, kita akan menjadi orang yang sangat rugi dalam dunia. dan tiada perkataan yang boleh menggambarkan kekesalan tentang kehilangan benda tu.

Ada sesetengah benda,
Kita sangaaaatlah benci suatu masa dahulu. Tapi sekarang ni kita menghabiskan berjam-jam lamanya untuk membuat benda yang kita benci itu. Kita still bencikan benda tu tapi, turns out benda tu yang menjadi peneman di kala kesunyian. Mungkin benda tu akan menjadi sesuatu yang kita suka, siapa tahu? It's a good thing, though!

Ada sesetengah benda,
Taklah terlalu penting. Kalau benda tu tak ada, takde effect pun dalam diri kita and yet, kita menunjukkan yang benda tu sangat penting as if, we can't live without it. Hari-hari kita akan menggunakan benda tu tapi tak ada apa yang bestnya pun. Tak boleh bawak sampai mati pun, but seems like we are addicted to it.

Ada sesetengah benda,
Kita nak orang faham, tapi kita tak mahu mengatakan secara direct. Sebab benda-benda yang dinyatakan mungkin adalah merupakan kelemahan diri yang selalunya patut disimpan di dalam hati sendiri sahaja. Maka, terhasillah entri semacam ini yang mengharapkan ada yang faham dan tolong melontarkan kata-kata azimat dan nasihat. Tapi, ada sesetengah benda memang tak ada orang yang akan faham. So, deal with it!


by,
Aimi A.Z yang confirm korang pening baca entri ni, sebab aku pun pening jugak bila baca balik...

2 comments:

nOniE said...

aimi aku ada nak dengar...
adakah aku adalah sestengah benda...hahaha
ceciter..ceciter...ahakz

Aimi A.Z said...

hahaha. ko BENDA ke cik on oi. aku ingat ko tu ORANG. :P

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin