Friday, February 18, 2011

"Asyik-Asyik Layang-Layang"

Mesti itu yang akan korang cakap bila tengok gambar di bawah ni. Bukanlah aku ni suka sangat main layang-layang, tapi dah kebetulan itu je permainan yang aku main kebelakangan ni. So, ape nak buat, korang terima jelah layang-layang sebagai permainan tradisional Aimi AZ. Haha~

...inilah gambar kontroversi itu. Sampai ke Terengganu saya bermain layang-layang. Jeles tak, jeles tak?

Pantai Batu Burok, Terengganu


Dah alang-alang korang mengeji aku bermain layang-layang, jadi buat kesekian kalinya aku tunjukkan gambar-gambar si Jagoan Layang-layang ini di tempat-tempat bermain layang-layang. At least kalau korang terliur tengok gambar aku bermain layang-layang, bolehlah korang ajak orang-orang kesayangan korang bermain layang-layang di tempat-tempat yang aku cakap ni. Tak payah dah korang susah-susah nak search kan? Hehe~ Baik betul Aimi ni, anak sapolah ni.



Taylor’s University College, Lakeside Campus



Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah bermain layang-layang esok jugak. Harap-harap matahari akan memancarkan cahayanya dan angin akan berhembus melayangkan layang-layang korang tinggi di udara supaya taklah korang penat berlari untuk menerbangkan layang-layang. *wink*


by,
Aimi A.Z yang nak update pasal kerja kahwin di Terengganu tapi terupdate pasal layang-layang pulak. Ish3x. Apo nak jadi ni? Haha~

2 comments:

AYAI said...

beznya men layang2..haha :D

Aimi A.Z said...

best. tambah2 bila layang2 dah terbang tinggi. hehe~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin