Tuesday, February 22, 2011

Kerja Kahwin di Terengganu

Maaflah untuk kelambatan entri ini. Aku tau dah lama aku janji mahu cerita tentang kerja kahwin di Terengganu ni tapi banyak halangan dan alasan yang mengganggu. dan aku jugak tau yang banyak janji-janji yang aku taburkan untuk memblog, tapi semua janji tinggal janji. Oleh kerana manusia ni sepatutnya berpegang pada janji, maka aku pun menunaikan salah satu janji yang telah aku "ter"janji.

Pasangan yang bertuah ini adalah pasangan Za & Sham. Aku pernah cerita pasal pasangan ni di sini. Pasangan ni pun mempunyai cara pertemuan yang unik tapi let's not elaborate on that. Kita cerita tentang kerja kahwin mereka dan bagaimana perjalanan kami ke sana.

Za & Sham yang memang nampak secocok bersama


Oleh kerana Puan Za berkahwin di time peak, yakni time CNY maka ramai yang tak dapat menghadirkan diri. Jadi, tinggallah aku dan Wardah yang berangkat ke Terengganu ditemani oleh Echah. Echah tu kawan si Wardah yang terautomatik menjadi kawan aku. Eh, Hi Echah!

Watak utama entri ni. Dari kiri; Aimi, Echah, Wardah.


Niat di hati nak naik flight. Tapi bila dah dihitung dan dikira, sangatlah membazir naik flight. Jadi, bermulalah perjalanan kami ke Terengganu menaiki kereta kecil warna merah. Sesampai di Terengganu, mestilah perkara utama adalah menjenguk tempat tidur. dan kali ini tempat tidur adalah sponsored by KakLala. Thanks weh, kasi kitorang tumpang free. Jimaaaaat duit kitorang. :P

Sumai Hotel & Apartment


Oleh kerana kitorang tak berapa nak lama di Terengganu, maka hari sampai di Terengganu dan  terus berjalan. Mula-mula ingatkan nak pergi berjalan-jalan di tepi pantai je tapi,


tiba-tiba...........


ternampak orang main layang-layang. kitorang pun apa lagi, terjoin lah main layang-layang. Bukan salah kitorang pun asyik-asyik main layang-layang. Salahkan diorang yang main layang-layang tu. Kalau tak ada diorang main layang-layang, tak adalah kitorang main. Hehe~

Ni orang-orang yang boleh dipersalahkan atas kealpaan kitorang


Selepas main layang-layang, belum lagi masanya untuk ke kenduri Za. Maka, masa untuk makan. Manusia kan perlukan makanan. Maka, kami pun pergilah makan di Medan Ikan Bakar. The food was quite okay! and the prices saya dah lupa. Mungkin RM80 untuk 3 orang makan. Quite okay jugak. So, overall, burppp!

Aimi yang dah tak sabar untuk memakan


Selepas makan, mode bershopping meluap-luap tiba. Helo, ini Terengganu kot. mestilah bershopping tudung dan kepok. haha~ Padahal, end up tak beli apa pun. Takpe, yang penting niat tu ada. Ingatkan mau pergi ke Uptown KT, tapi malangnya tak jumpa. Dengar cerita macam dah tutup tapi kebenarannya memang kami tak tau. End up kami bershopping di tapak karnival yang kebetulannya berhadapan dengan Pasar Payang untuk mencari-cari, melihat-lihat, dan bergambar-gambar. Oh, dan melepak di Pantai Batu Burok menikmati sang bayu sambil bermain Facebook. Erkk!

Wardah sibuk-sibuk memilih baju, tapi bukan beli pun. Haha~

Pengguna-pengguna BB yang berlagak, mau main BB di pantai


Keesokan harinya. 

Sebelum ke kenduri Za, sempat lagi layan nasi kerabu. Bila lagi kan nak makan nasi kerabu. Ha, ini first time aku makan nasi kerabu. Selama ni, pandang sebelah mata pun taknak. Haha~ Tapi, sebenarnya sedap gak Nasi Kerabu ni. makan pulak dengan daging bakar, pergh! Sodap weh!

Nasi Kerabu yang yummeh!


Ok, sampailah ke acara utama ke Terengganu. Finally! Kenduri Za. Nak sampai rumah Za, agak menyesatkan. dalam kesesatan tu, jumpa pulak Cik Dibot bersama rombongannya. So, kitorang pun berconvoy ke rumah Za. Bila dah sampai di rumah Za, Puan Arina sudah menunggu. So, apa lagi? Sesi bergambar bersama pengantin terus dijalankan. Tanpa tunggu-tunggu lagilah. Ambil berkatlah katakan.

Wardah, behave sket!


Sesi makan. Eh jap! Sebelum tu pose sekejap!

Masa tu cemburu sangat. Maka, tak ada banyak sangat pose menarik dengan pengantin. Takpe2. Kitorang pergi Terengganu nak tengok Za kahwin, bukan nak pergi bergambar dan makan. Biarlah memori tu terpahat dalam ingatan, takpelah takde gambar pon. Haha~

Perjalanan pulang balik ke KL bermula dari pukul 3.30 petang dari rumah Za. Tapi, pantai Penarik tu menarik-narik kami untuk makan makan lagi dan bergambar. Jadi, kitorang pun terpengaruh dengan hasutan Pantai Penarik dan memakan beberapa ekor udang, ikan dan sotong sebagai bekalan ke KL.


Udang!


One of my favourite pictures Sebab I'm the photographer.


Walaupun perjalanan pulang ke KL mengambil masa berbelas-belas jam akibat daripada jammed sempena raya Cina, tapi itulah pengorbanan rakan-rakan semata-mata untuk menghadiri kerja kahwin rakan mereka. Walaupun perlu merentasi 3 buah negeri; Sarawak, Putrajaya, dan Terengganu tetapi semangat persahabatan tu yang penting. Kan Za, kan? Jadi, sila terharu!

Kepada Za Rasadi yang mungkin membaca entri ini. Niat asal dan niat utama adalah pergi kenduri ko. Yang lain cuma sampingan. Jadi, walau apa aktiviti kitorang kat sana, yang paling penting adalah acara utama yakni kenduri ko. Jadi, sila terharu lagi sekali! dan sila datang kenduri kitorang yang entah bila pun tak tau. *wink* and may you and Sham live happily ever after. Muahhhhhhh!


Za & Sham. Semoga berbahagia sampai ke anak cucu.


by,
Aimi A.Z yang akhirnya berjaya mengolah entri ini walaupun lebih sebulan telah berlalu. Cayalah Aimi!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin