Tuesday, February 15, 2011

Si Gadis Blogger

Hari tu aku ada mention tentang komen seorang kawan tentang blog ni. So, hari ni aku nak cerita apakah komen beliau tentang blog aku ini yang aku kecohkan sangat tu. *wink*

Snapshot Blog Melayu Frustrasi by Pedot


First of all, Pedot ni adalah rakan lama aku sewaktu di sekolah rendah. Diulangi, di sekolah rendah. jadi sekarang ni, bukan saja dia adalah seorang rakan lama, tapi kami berkawan di Facebook dan juga blog.

Di sini, aku highlightkan TIGA (3) isi penting entri Pedot mengenai aku;

1.     Jalan penceritaan yang baik dan bagus
Komen aku: Aku bercerita mengikut mood. Kadang-kadang, bila sampai mood aku untuk bercerita, maka penceritaan tu menjadi bagus lah sedikit. Kalau mood untuk bercerita tu tidak sampai, maka jalan penceritaan pun menjadi tunggang langgang dan sukar difahami. So, apa pun berbalik kepada mood.

2.     Gaya penulisan yang santai
Komen aku: Aku selalu tulis tentang apa yang aku rasa. Tulis tentang kehidupan sehari-harian aku. Dah namanya kehidupan seharian aku adalah sangat santai dan malas maka penulisan aku pun menggambarkan gaya hidup aku yang sebenarnya.

3.     Boleh menjadi blogger yang hebat dan terkenal
Komen aku: Statement ini terlalu berat untuk aku. Bagi kebanyakan blogger, mestilah teringin mahu menjadi hebat dan terkenal di dunia blog. Tapi, bila kita berpijak di dunia yang nyata, kita akan tahu bahawa itu adalah angan-angan dan bukan senang untuk berada di tahap itu tanpa usaha yang menggunung. dan aku sangat bersyukur berada di tahap sekarang di mana ada juga korang-korang yang tak putus-putus melawat blog aku dan menantikan entri terbaru aku walaupun kadang-kadang entri-entri aku sangat hampeh. Thanks guys!


Thanks to Pedot kerana sudi mengcomment dan menglink blog aku ni. and thanks jugak untuk pujian-pujian anda. Tapi, masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki untuk menjadi blogger yang hebat dan bagus dan terkenal. dan kepada anda yang lain, sila klik [sini] ntuk entri penuh daripada Pedot mengenai Aimi AZ | Si Gadis Blogger. Awww~ 

Kesimpulannya telah saya nyatakan di dalam Twitter saya yang berbunyi;



by,
Aimi A.Z yang memang sangat tidak pandai menangani puji-pujian *blushing*

3 comments:

syura said...

kembang xhengat la tu..hehe..neway,aku pon bangge jgk sbb nnt ade kwn aku yg jd blogger terkenal n boleh klhkn mr.facebook tu..amin...

Aimi A.Z said...

tak la kembang sangat puan syu oi. haha~ ish3x, bukan taknak aminkan tapi cam takkan je. haha~ :P

JUNKO-EL-HIDA said...

hihihi..sesekali apa kata ko cuba percaya akan realiti dengan kelebihan yg ko ada..lalalala..bkn per,kita kalo nk puji org bknlah nk kipas lipas tetapi hakikatnya tetap ada..ko ade aset so gune bebaik..ngeeeeeeee..by the way thanks..hihi

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin