Thursday, March 24, 2011

A+A+A+A+A+A=6A

Pernah dulu aku cakap, apa ada dengan PMR. Tapi, sekarang, tak adalah pulak aku nak kata "Ada apa dengan SPM" sebab SPM memang ada apa-apa. Sebab SPM adalah langkah penentu masa depan korang. Dengan result SPMlah korang akan mengorak langkah dan cita-cita korang even though korang masih samar-samar dengan cita-cita korang yang sebenarnya.


Sebenarnya, aku just nak cakap; Adik aku dapat 6A untuk SPM. Kenapa 6? Mungkin sebab dia kumpul 1 A untuk setiap adik beradik kitorang. Kan kitorang adalah 6 beradik. So, sorang satulah. *wink*


Jadi, kepada Aizat. Bersyukurlah dengan apa yang dapat. dan berbanggalah dengan diri sendiri kerana kejayaan yang Aizat dapat tu adalah dari titik peluh diri sendiri. Kalau rasa 6A tu tak cukup, jangan risau sebab nanti banyak lagi peluang untuk mengutip A. Kalau rasa 6A tu lebih, banggalah dengan diri sendiri yang bersengkang mata dan bersusah payah untuk mendapatkan A tu. dan kalau terasa 6A tu just nice, apa lagi? Claimlah hadiah, duit, etc dari abang dan kakak-kakak yang memang dah tak sabar-sabar nak mengosongkan poket yang tak berapa kembung ni. Hehe~


Umi & Abah yang confirm akan tetap senyum walau berapa pun result anak dia. *tak tipu*


The proud AZ's family


So, Wawa. tak terasa tercabar ke?


by,
Aimi A.Z yang dapat 2 ketul A je masa SPM dulukala. Jadi jugak Engineer ha~

1 comment:

diana said...

tahniah untuk adik tu...:p

akak follow blog ni ye..:)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin